Harian Metro

CABARAN BAHARU WAFAHISH

Muncul sebagai penyanyi solo, pertaruh lagu baharu berjudul lkatan Kita

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Semestinya pengalaman pembikinan lagu ini cukup baharu bagi saya. Saya perlu berusaha serap persekitar­an dan daya usaha kena luar biasa apabila tampil solo WAFAHISH

Hasrat untuk bersinar lebih jauh sebagai penyanyi solo, anggota Bahiyya Haneesa, Wafahish, 27, muncul mempertaru­hkan lagu pengenalan­nya berjudul lkatan Kita.

Semestinya teruja, lagu ini turut membawa mesej cukup mendalam.

Menurut Wafahish atau nama sebenarnya Nur Wafa Amira Hisamudin, takrifan cinta dalam sesebuah perhubunga­n perlukan komitmen yang berterusan.

Tanpa usaha sebegitu, bahagia yang dicari pastinya bertukar samar.

Apatah lagi sekiranya bibit sayang itu terbit dari sebuah jalinan persahabat­an, tentu sekali ada cabarannya tersendiri.

Bagaimanap­un, ia bukan penghalang buat seseorang untuk cuba luah rasa cinta yang terbuku dalam hati.

“Lagu Ikatan Kita mengisahka­n sebuah persahabat­an murni antara dua insan, jejaka dan wanita yang akhirnya menjadi renggang akibat terlalu lama memendam perasaan cinta. Kemudian disusuli pula dengan kehadiran kekasih baru.

“Lagu ini adalah coretan hati yang menggambar­kan sebuah perasaan tersirat. Ia menggamit kesedaran bahawa pentingnya untuk kita meluahkan perasaan hati dan berkomunik­asi antara satu sama lain demi mencapai kebahagiaa­n yang hakiki,” katanya.

Kini tampil solo dan berdiri atas kaki sendiri, Wafahish tidak nafikan memang ada cabarannya bila menyanyi sendirian. Bagaimanap­un, dia bersyukur mendapat tunjuk ajar orang berpengala­man untuk mengatasi setiap rasa gentarnya.

“Selalunya bila merakam lagu bersama Bahiyya Haneesa saya akan menyanyi beberapa bahagian solo sahaja. Tapi, kali ini saya menyanyi keseluruha­n lirik lagu.

Bagi saya agak sedikit mencabar dan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilk­an sebuah lagu penuh.

“Mungkin saya masih cuba untuk menyesuaik­an diri dan menimba pengalaman baharu. Mujur ada guru vokal, Cikgu

Azrin dan Sharon Paul yang memberi tunjuk ajar dalam pembikinan lagu Ikatan Kita,” katanya.

Wafahish akui dia sebenarnya sudah lama bercita-cita untuk menulis lagu sendiri. Baginya, sekarang peluang dan permulaan yang terbaik untuk membina pengalaman dan menempa kerjaya dalam industri muzik.

“Semestinya pengalaman pembikinan lagu ini cukup baharu bagi saya. Saya perlu berusaha serap persekitar­an dan daya usaha kena luar biasa apabila tampil solo.

“Saya anggap ini proses pembelajar­an bagi melentur bakat dan personalit­i dalam dunia seni. Saya cuba menghasilk­an karya melalui sentuhan jiwa dengan nyanyian lunak,” katanya.

Di sebalik berdebar dengan langkah baharu sebagai penyanyi solo, Wafahish tidak gentar meletakkan sasaran tertentu untuk karier seninya. Baginya, pertaruhan lagu berkualiti serta mesra pendengar adalah fokus terpenting.

Bagaimanap­un, dia juga percaya bahawa perjalanan sebagai penghibur perlu ada warna-warninya juga. Bukan sekadar tampil dengan personalit­i menonjol, tapi pembawaan diri serta cerita disuntik dalam karya juga membantu besar.

“Memandangk­an ini adalah lagu sulung saya, saya berharap lagu ini mendapat sambutan dan sokongan daripada pihak ramai. Saya mahu mesej lagu ini dapat diterima dan difahami dengan mudah.

“Konteks lagu ini juga bukanlah berpaut pada satu jalan cerita sahaja. Tetapi, setiap orang mempunyai kisah perhubunga­nnya tersendiri yang mungkin boleh diselarika­n dengan nada dan irama lagu ini.

“Semoga lagu ini mampu menyentuh hati ramai serta raih dan penerimaan menggalakk­an pendengar, serta seluruh industri muzik kita. Sasaran saya adalah agar lagu ini akan mendapat tempat dalam hati peminat genre balada,” katanya.

Ikatan Kita kini boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih termasuk Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.

 ?? ?? WAFA berdebar namun teruja jadi penyanyi solo.
WAFA berdebar namun teruja jadi penyanyi solo.
 ?? ?? NEKAD tampil dengan lagu berkualiti serta mesra pendengar.
NEKAD tampil dengan lagu berkualiti serta mesra pendengar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia