Harian Metro

PROGRAM KHAS HARI ARAFAH

TV Alhijrah bersiaran selama 17 jam bermula seawal jam 5 pagi

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Bersempena Hari Arafah, TV Alhijrah buat pertama kalinya bakal bersiaran selama 17 jam bermula seawal jam 5 pagi hingga 10 malam melalui sebuah program khas, Munajat Arafah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, melalui program itu, penonton dihidangka­n dengan kandungan bermakna antaranya Penukaran Kain Kiswah Kaabah.

”Selalunya umat

Islam di negara ini tidak terlalu memberi fokus kepada Hari Arafah, jadi di TV Alhijrah kami mahu membawakan budaya baharu melalui program ini.

”Memilih tema Baitullah Bertemu Kembali, kempen Program Haji 1443H ini juga turut menyediaka­n lapan lagi program menarik sepanjang 20 Jun sehingga 13 Julai ini,” katanya.

Menurut Namanzee, TV AlHijrah masih mengekalka­n tradisi sebagai sebuah stesen televisyen utama di Malaysia yang meraikan hari kebesaran Islam dengan penuh barakah.

”TV AlHijrah memilih untuk meraikan Zulhijah secara umumnya dan Aidiladha secara spesifikny­a dengan melancarka­n kempen Program Haji 1443H ini.

“Tema dipilih jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci Makkah apabila berkemampu­an,” katanya.

Dalam masa sama, menurut Namanzee cabaran saban tahun dalam mencorak arah serta hala tuju programpro­gram yang terbaik dan menarik untuk disajikan buat penonton tidak pernah mematahkan semangat stesen TV AlHijrah untuk terus berbakti kepada penonton.

“Jumlah tontonan TV AlHijrah pada kempen haji 1442H yang lalu iaitu pada 2021 adalah sebanyak 3.3 juta tontonan. Jumlah ini amat memberangs­angkan bagi stesen berkonsepk­an Islam seperti kami.

“Jumlah tontonan ini juga menjadi pemangkin semangat serta suntikan motivasi untuk kami menghidang­kan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini yang merangkumi program-program keagamaan, bual bicara, dokumentar­i, program masakan, rancangan khas seperti kapsul serta lintas langsung dari Makkah Al Mukarramah,” katanya.

Sembilan program menarik dan terbaru yang disediakan khas buat santapan rohani penonton di samping program-program sedia ada antaranya Sembang Haji bermula 18 Jun (empat episod); Interaktif Haji (bermula 20 Jun, sembilan episod); Tangisan Di Baitullah (21 Jun); Camca Aidiladha dan Labbaikall­ah 2022 (29 Jun).

Selain itu, program Seikhlas Hati bermula 8 Jun lalu; Peristiwa Arafah (11 Julai); Munajat Arafah yang bersiaran langsung selama 17 jam pada 9 Julai dan telefilem Campervan Haji Meon (10 Julai).

Antara pengisian program Munajat Arafah adalah tayangan siaran langsung Penukaran Kain Kiswah pada 9 Julai jam 5 pagi; Assalamual­aikum Khas (7 pagi) dan dokumentar­i Musafir Agung (10.30 malam).

Tema dipilih jelas menyatakan objektif penyiaran kami sepanjang Zulhijah ini iaitu menjadi stesen pemangkin inspirasi yang mendorong keinginan penonton semua untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci Makkah apabila berkemampu­an NAMANZEE HARRIS

 ?? ?? NAMANZEE (lapan dari kiri) bersama-sama para asatizah yang menjayakan majlis pelancaran Kempen Haji 1443 TV AlHijrah.
NAMANZEE (lapan dari kiri) bersama-sama para asatizah yang menjayakan majlis pelancaran Kempen Haji 1443 TV AlHijrah.
 ?? ?? NAMANZEE melancarka­n gimik perasmian Kempen Haji 1443H ditemani barisan penaja.
NAMANZEE melancarka­n gimik perasmian Kempen Haji 1443H ditemani barisan penaja.
 ?? ?? USTAZ Rozi Harun mendeklama­sikan puisi bertemakan Baitullah Bertemu Kembali.
USTAZ Rozi Harun mendeklama­sikan puisi bertemakan Baitullah Bertemu Kembali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia