Harian Metro

PERABOT PENAIK SERI

Meja konsol, kabinet sisi mampu mengoptimu­mkan penggunaan fungsi ruang

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Elemen yang sangat penting dalam menata hias ruang bukan sekadar pemilihan warna latar dan konsep dekorasi semata-mata.

Aspek pemilihan perabot dan penyesuaia­n elemen hiasan lain membantu mengoptimu­mkan penggunaan serta fungsi ruang yang menzahirka­n keindahan dekorasi tersendiri.

Asalnya kehadiran perabot seperti meja konsol dan kabinet sisi umpamanya dilihat menyerikan ruang kosong. Tetapi dengan idea dan susun atur bersesuaia­n, fungsinya lebih menonjol selari perabot utama pada ruang sama.

Panduan dikongsi Pereka Dalaman MH Casa Decoration Haziq Ammar ini dilihat membantu memberi pencerahan dari segi penggunaan meja konsol dan kabinet sisi dalam sesuatu ruang.

Kata pereka berusia 36 tahun itu, pemilik kediaman perlu tahu terlebih dahulu perbezaan antara kedua-dua perabot itu supaya boleh mendapat visual yang jelas mengenai susun atur sebaiknya.

“Dari segi struktur atau reka bentuk, meja konsol dan kabinet sisi berbeza yang mana meja konsol biasanya memiliki panjang sekitar 1.5 meter sementara lebarnya kira-kira 0.4 meter sahaja.

“Kabinet sisi pula mempunyai ciri-ciri lebih padu (bulky) kerana ada ruang penyimpana­n. Tidak hairanlah kabinet sisi biasanya lebih panjang iaitu 1.5 hingga ke 2 meter dengan lebar kira-kira 0.3 meter hingga 0.5 meter.

“Kalau lihat perbezaan kedua-dua perabot ini, boleh dikatakan kabinet sisi mempunyai kelebihan iaitu lebarnya sesuai dijadikan stesen untuk meletakkan sajian jika ada majlis kediaman atau keraian.

“Itu salah satu fungsi perabot kabinet sisi jika ada keperluan wujud ruang sajian tambahan dalam menganjurk­an majlis kecil dalam kediaman,” katanya.

Tambah Haziq, baik meja konsol mahu pun kabinet sisi, pemilik selalu melihat perabot terbabit sebagai item sampingan yang membantu memberi nilai tambah kepada ruang kosong.

“Kalau dalam senarai perabot, meja konsol dan kabinet sisi ini hanyalah tambahan atau pelengkap. Kebiasaan apabila perabot dan peralatan elektrik utama sudah siap disusun atur barulah ada keperluan untuk menambah meja konsol atau kabinet.

“Kebiasaann­ya pemilik meletakkan di sisi atau ruang dinding kosong atau di sisi laluan utama.

“Ia bagi memperinda­hkan ruang dengan tambahan aksesori bersesuaia­n konsep dekorasi ruang yang menempatka­n perabot berkenaan,” katanya.

Sudut pandangan lain, Haziq melihat kelebihan meja konsol dan kabinet sisi boleh dijadikan pembahagi ruang untuk idea dekorasi ruang terbuka.

“Tidak dinafikan ada juga menggunaka­n keduadua perabot ini sebagai pemisah ruang tamu dan ruang makan atau ruang tamu dengan sudut bermain untuk anak-anak.

“Ia bergantung kepada penggunaan atau cara susunan perabot supaya kediaman tampak cantik dankemas,”katanya.

Namun begitu kata Haziq, dalam keadaan tertentu ada kesilapan dilakukan pemilik menjadikan hiasan di bahagian meja konsol dan kabinet sisi sarat sehingga menjejaska­n estetika ruang.

“Walaupun pada asalnya meja konsol dan kabinet sisi boleh menceriaka­n dengan dekorasi aksesori hiasan rumah lain tetapi kadangkala ia terlalu berlebihan.

“Saranansay­aandai konsep rumah itu putih dan minimalis, sudut meja konsol atau kabinet sisi boleh diletakkan sedikit hiasan berwarna contohnya bunga kuning atau pokok dedaun malas hijau yang memberi efek kontra.

“Kalau tidak pun kaki lilin atau jam dengan rekaan yang unik bagi menaikkan seri ruang. Secara tidak langsung ia bantu sebagai titik fokus atau tumpuan mata bagi penghuni atau tetamu.

“Elakkan terlalu sarat iaitu antara empat atau lima barang mengikut kesesuaian. Begitu juga dalam pemilihan

Kalau dalam senarai perabot, meja konsol dan kabinet sisi ini hanyalah tambahan atau pelengkap. Kebiasaan apabila perabot dan peralatan elektrik utama sudah siap disusun atur barulah ada keperluan untuk menambah meja konsol atau kabinet HAZIQ AMMAR

saiz, elak memilih saiz aksesori terlalu besar atau tinggi sehingga ‘menenggela­mkan’ perabot,” katanya.

Beliau menyaranka­n pemilik buat kajian terlebih dahulu mengenai aksesori boleh digunakan untuk menghias ruang sesuai dengan fungsi perabot itu sendiri.

“Susun hiasan pada meja konsol atau kabinet sisi ini biasanya dengan kaedah piramid atau bentuk ‘U’ iaitu pola menaik atau menurun pada kedua-dua sisi.

“Sebaiknya lihat contoh yang ada mengikut konsep atau tema diingini pada ruang. Setidak-tidaknya mengelakka­n pembaziran apabila aksesori tidak dapat digunakan untuk menghias meja konsol atau kabinet sisi,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? LAMPU dengan ketinggian tertentu di kedua sisi membantu fokus pada ruang tengah.
LAMPU dengan ketinggian tertentu di kedua sisi membantu fokus pada ruang tengah.
 ?? ?? HAZIQ menunjukka­n contoh hiasan di meja konsol atau kabinet sisi.
HAZIQ menunjukka­n contoh hiasan di meja konsol atau kabinet sisi.
 ?? FOTO | IHSAN HAZIQ AMMAR & SUMBER GOOGLE ?? PASU bunga perlulah pada saiz dan ketinggian sesuai agar tidak menenggela­mkan perabot.
FOTO | IHSAN HAZIQ AMMAR & SUMBER GOOGLE PASU bunga perlulah pada saiz dan ketinggian sesuai agar tidak menenggela­mkan perabot.
 ?? ?? REKAAN meja konsol perlulah mengikut tema atau konsep diinginkan pemilik pada ruang berkenaan.
REKAAN meja konsol perlulah mengikut tema atau konsep diinginkan pemilik pada ruang berkenaan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia