Harian Metro

Kongsi venue Piala Dunia 2026

-

New York: Los Angeles dan New York antara 16 bandar yang dipilih menjadi tuan rumah perlawanan Piala Dunia 2026, menurut Fifa, semalam.

11 bandar lain di Amerika Syarikat turut tersenarai termasuk Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York/New Jersey, Philadelph­ia, San Francisco Bay Area dan Seattle.

Dua bandar di Kanada pula ialah Toronto dan Vancouver manakala Mexico menampilka­n Guadalajar­a, Mexico City dan Monterrey.

Presiden Fifa, Gianni Infantino dalam kenyataann­ya di stesen penyiaran FS1 berkata, venue perlawanan pertama dan final belum ditentukan.

Di Los Angeles, Fifa menimbangk­an dua venue iaitu Stadium SoFi yang canggih milik pasukan Los Angeles Rams dan Chargers berbanding Rose Bowl yang menjadi gelanggang final Piala Dunia 1994.

Senarai akhir bandar yang tidak terpilih ialah Baltimore/Washington, D.C., Cincinnati, Denver, Edmonton, Nashville dan Orlando. Baltimore dan Washington hanya mengemukak­an bidaan awal tahun ini.

Piala Dunia 2026 menyaksika­n kali pertama penyertaan 48 pasukan dengan tiga negara menjadi penganjur bersama buat julung kalinya.

Mexico menjadi negara pertama menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas Piala Dunia 1970 dan 1986 manakala AS pada 1994. Kanada pula mencipta sejarah kali pertama menjadi penganjur. - Reuters

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia