Harian Metro

Sang Kenari mahu melonjak di pentas Piala AFC

-

Alor Setar: Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Shahril Sa’ari (gambar) yakin skuad Sang Kenari mampu tampil dengan kekuatan terbaik bagi menghadapi saingan peringkat antarabang­sa Piala AFC di Bali, Indonesia bermula 24 Jun ini.

Menurut penjaga gol berpengala­man berusia 32 tahun itu, pentas Piala AFC merupakan medan terbaik buat Kedah melonjakka­n namanya selepas melalui aksi berkenaan pada 2020.

“Persiapan kami sangat rapi menerusi latihan berintensi­ti tinggi dan kami perlu terus bekerja keras berdasarka­n perancanga­n yang diterapkan ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak khusus untuk ke saingan Piala AFC musim ini.

“Kehangatan serta debaran Piala AFC yang akan bermula minggu depan ini cukup terasa membuatkan saya dan rakan seperjuang­an begitu teruja dan bersemanga­t.

“Saya juga nampak sudah ada peningkata­n dan perubahan yang lebih positif untuk kami hadir memberi saingan terbaik di Piala AFC apabila bertemu kelab ternama di peringkat Asean,” katanya.

Shahril juga mengakui bukan tugas mudah untuk mendapat tempat utama sebagai penjaga gawang pada perlawanan pertama kerana lawan Kedah iaitu Bali United FC kini memiliki reputasi besar setelah menjuarai Liga 1 Indonesia sebanyak dua kali.

“Antara saya, Ifwat Akmal atau Ilham Amirullah, kami tetap bersatu hati mengenai siapa yang akan dipilih untuk beraksi beraksi, asalkan pasukan Kedah mendapat kekuatan terbaik dalam memberi saingan nanti.”

Shahril juga berkata sebagai pemain, beliau mengidamka­n kedudukan yang boleh melayakkan Kedah ke saingan peringkat lebih tinggi dalam kalangan pasukan dalam Kumpulan G.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia