Harian Metro

Melaka United tetap positif tanpa Mohd Akmal

-

Kuala Lumpur: Ketiadaan tonggak pertahanan, Mohd Akmal Md Zahir yang kini bersama Kedah sememangny­a dirasai namun kem Melaka United masih positif dengan kekuatan benteng pasukan bagi menghadapi baki saingan musim ini.

Menurut pertahanan kiri Melaka, Muhammad Syazwan Andik, dia sememangny­a sudah ada keserasian bersama Akmal selepas mula digandingk­an dalam kebanyakan perlawanan sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanap­un, pemain berusia 26 tahun itu boleh menerima kehilangan Akmal selain berasakan Melaka United masih berada di tahap terbaik untuk berdepan Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, hari ini.

“Tidak dinafikan masih terasa dengan ketiadaan Akmal yang memilih berhijrah ke Kedah pada pintu perpindaha­n pemain kali ini.

“Kami sudah mula dapat membentuk satu gandingan yang baik dalam beberapa perlawanan lalu tetapi saya hormati keputusan Akmal demi karier.

“Berdepan Negeri Sembilan, sudah tentu kami mahu memburu tiga mata bagi meneruskan rekod cemerlang Melaka yang menang tiga kali berturut-turut sebelum liga berehat selama sebulan,” katanya.

Ketiadaan Akmal menjadikan pilihan di bahagian pertahanan tengah antara Fadhli Shas, Justin Baas, Haziq Puad dan Faris Shah Rosli. Pertembung­an Melaka United dan Negeri Sembilan dijangka menarik kerana selain pertemuan jiran setempat, kedua-dua pasukan juga berada di momentum terbaik di pentas Liga Malaysia.

Dalam pada itu, Syazwan mendedahka­n hasratnya untuk datang ke Melaka United dari Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendapatka­n kembali prestasiny­a serta merasai lebih banyak minit permainan di Liga Super.

 ?? ?? PEMAIN UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif (kiri) diasak Mohd Akmal pada perlawanan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam. - Gambar NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL
PEMAIN UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif (kiri) diasak Mohd Akmal pada perlawanan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam. - Gambar NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia