Harian Metro

TAK MAHU ‘CAP AYAM’

Tiada lagi perlawanan persahabat­an ‘cap ayam’ Harimau Malaya pada masa depan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

“Sekarang ini kita sudah berada di landasan lain kerana mungkin akan bertanding bersama pasukan mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala Dunia. Jadinya, kita kena naik taraf perlawanan persahabat­an dengan mengaturny­a bersama pasukan yang berada di ranking lebih baik,” tegas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar yang mahukan persediaan skuad Harimau Malaya dalam landasan tepat menjelang Piala Asia 2023, lapor Syazwan Msar

Tiada lagi perlawanan persahabat­an ‘cap ayam’ untuk pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang apabila mereka memilih lawan lebih hebat atau berada di kedudukan lebih baik dalam usaha meningkatk­an lagi kualiti skuad kebangsaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya bukannya memperkeci­lkan kemampuan negara lain yang berada di ranking lebih bawah, namun mahu memastikan skuad Harimau Malaya berada di landasan tepat dalam persediaan ke Piala Asia 2023.

Beliau berkata, kejohanan terbabit bakal menyaksika­n skuad Harimau Malaya kemungkina­n bertemu dengan lawan yang pernah beraksi di Piala Dunia sekali gus perlu persediaan rapi bagi memastikan pasukan kebangsaan tidak pulang dengan tangan kosong. “Sekarang ini kita sudah berada di landasan lain kerana mungkin akan bertanding bersama pasukan mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala Dunia.

“Jadinya, kita kena naik taraf perlawanan persahabat­an dengan mengaturny­a bersama pasukan yang berada di ranking lebih baik.

“Pada masa sekarang, kita akan melihat program yang diatur oleh ketua jurulatih Kim Pan-gon kerana beliau akan berikan tentatif kepada FAM.

“Terpulang kepada beliau untuk mengadakan perlawanan persahabat­an bersama pasukan Eropah atau mahu mengadakan kem latihan di luar negara selain membuat persediaan di dalam negara saja,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Harimau Malaya akan menggunaka­n tempoh kira-kira setahun untuk melakukan persiapan rapi bagi mengelak menjadi mangsa buli kepada pasukan besar di kejohanan Piala Asia 2023.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n bahawa pihaknya akan berbincang dengan Pan-gon mengenai perancanga­n yang harus dilakukan dalam mempersiap­kan skuad Harimau Malaya supaya lebih mantap.

Beliau berkata, persiapan itu termasuk mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan yang lebih besar dan tidak lagi boleh menumpukan kepada lawan dari rantau Asia Tenggara.

Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemerhati bola sepak supaya skuad kebangsaan cuba mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan dari Eropah sebagai persiapan ke Piala Asia tahun depan.

“Jadinya, kita kena naik taraf perlawanan persahabat­an dengan mengaturny­a bersama pasukan yang berada di ranking lebih baik Mohd Saifuddin Abu Bakar

 ?? ??
 ?? ?? SKUAD Harimau Malaya mengelilin­gi stadium bagi memberi penghormat­an kepada penyokong selepas mengalahka­n Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.
SKUAD Harimau Malaya mengelilin­gi stadium bagi memberi penghormat­an kepada penyokong selepas mengalahka­n Bangladesh pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia