Harian Metro

Sinar buat pemotong rumput

-

Kuala Pilah: Ranjau kehidupan dilalui seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja mengambil upah memotong rumput demi membesarka­n tujuh anak masih kecil.

Kepayahan dilalui Rahmah Abdullah, 46, sejak empat tahun lalu itu bagaimanap­un bakal berakhir apabila dia menerima sumbangan peralatan untuk berniaga kuih.

Rahmah adalah antara 10 asnaf yang terpilih menyertai Program Usahawan Asnaf Berdikari Kemas Negeri Sembilan 2022 anjuran Kemas dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri

Sembilan (Mains).

Rahmah berkata, sebelum ini dia dan suami berniaga nasi ayam dan kuih di kawasan rumahnya di Kampung Senama Ulu, Rembau sebelum suaminya Nur Affendy Norman meninggal dunia pada 2018 akibat tekanan darah tinggi.

“Suami meninggal ketika anak bongsu baru berusia tiga bulan dan saya hilang tempat bergantung. Saya pula tidak boleh keluar bekerja kerana perlu menyusukan anak bongsu dan menguruska­n enam anak lain.

“Sejak itu saya mendapat bantuan dari Baitulmal. Pada 2019 saya mula berniaga semula dengan berbekalka­n peralatan yang ada sebelum terpaksa berhenti berniaga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi menyara keluarga, saya mengambil upah memotong rumput dan dibantu anak perempuan berusia 17

tahun. Ada hari tertentu kami tidak bekerja kerana hujan,” katanya.

Majlis penutup program itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Saiful Yazan Sulaiman di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kuala Pilah di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembanguna­n Kemas Malaysia, Rafea’ah Nahar, Pengarah Kemas Negeri Sembilan, Zulkifli Ahmad Nazri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan Jabatan Zakat Mains, Mahadi Ali.

Sementara itu, Rafea’ah berkata, program berkenaan dijalankan bagi melahirkan usahawan daripada golongan asnaf supaya mereka dapat memajukan diri menerusi modul yang diajar sepanjang program.

 ?? ?? RAFEA'AH (kiri) menyampaik­an elaun latihan kepada Rahmah di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kuala Pilah, semalam. - Gambar NSTP/AZRUL EDHAM
RAFEA'AH (kiri) menyampaik­an elaun latihan kepada Rahmah di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kuala Pilah, semalam. - Gambar NSTP/AZRUL EDHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia