Harian Metro

Selangor kekal catat kes harian tertinggi

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 13,777 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk seminggu ini (11 Jun - 17 Jun 2022) berbanding 10,978 kes minggu lalu (4 Jun hingga 10 Jun).

Kelmarin 17 Jun, kes harian baharu masih sekitar 2,000 iaitu sebanyak 2,130 kes, menjadikan kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 meningkat kepada 25,626 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,536,795 kes.

Selangor kekal menyumbang kes harian tertinggi kelmarin dengan 776 diikuti Kuala Lumpur 553 kes, Pulau Pinang 168 kes, Perak 148 kes dan Sabah 115 kes.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua angka iaitu Negeri Sembilan 82 kes, Johor 60 kes, Melaka 54 kes, Sarawak 53 kes, Kedah 44 kes, Pahang 26 kes, Putrajaya 22 kes, Terengganu 14 kes dan Kelantan 11 kes.

Sebuah negeri mencatat kes satu angka iaitu Perlis 4 kes, sementara Labuan sifar kes.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh rangkuman mingguan 11 Jun hingga 17 Jun 2022: 11

Jun (1,709), 12 Jun (1,571), 13 Jun (2,092), 14 Jun (1,922), 15 Jun (2,320), 16 Jun (2,033) dan 17 Jun (2,130).

Rekod kes harian baharu Covid-19 (4 Jun hingga 10 Jun 2022): 4 Jun (1,591), 5 Jun (1,358), 6 Jun (1,330), 7 Jun (1,128), 8 Jun (1,518), 9 Jun (1,887) dan 10 Jun (2,166).

Sebanyak 1,080 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59 malam 17 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,45,438. Protokol prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dilonggark­an mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunaka­n MySejahter­a.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai exit strategy untuk membolehka­n rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini juga, tiada sebarang kluster baharu dilaporkan.

Secara keseluruha­nnya, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 7,015 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 16 Jun, hanya tinggal empat kluster yang masih aktif. Dengan sebanyak 4,536,795 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,581,429 kes dan Portugal 5,005,783. Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldomete­r, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 81,733 diikuti Taiwan 55,261 kes dan Perancis 50,605 kes.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,038,265 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 17 Jun 2022 menunjukka­n sebanyak 24,585 kes (95.9 peratus) dikuaranti­n di rumah daripada 25,626 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 13 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 993 kes (3.9 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 19 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Sementara itu, setakat 17 Jun 2022, hanya ada empat kluster aktif dalam negara. Jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara sebanyak 7,015 kluster. Tiada kluster baharu dilaporkan oleh KKM sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia