Harian Metro

BERGANTUNG KEPADA PERMINTAAN KHAS

- Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyambung semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) percuma bergantung kepada permintaan khas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, program PicKids yang berakhir pada 31 Mei lalu boleh dipertimba­ngkan semula khas untuk dilaksanak­an di kawasan terpencil atau kawasan yang tiada liputan komunikasi.

“Contoh di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang mana ramai dalam kalangan mereka tinggal di kawasan yang langsung tiada liputan komunikasi serta ketika mereka keluar dari kawasan pedalaman untuk menyertai program PICKids, malangnya program itu sudah tamat.

“Untuk kes khas begini, jawatankua­sa kampung boleh mengumpulk­an maklumat kanak-kanak yang ingin divaksin dan seterusnya memaklumka­n kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mendapatka­n program terbabit.

“Pengarah JKN akan membuat keputusan dan akan memberi tarikh dan masa bagi program itu,” katanya selepas merasmikan Pertanding­an Memanah Tradisiona­l Terbuka ATTAC (Abu Thalhah Traditiona­l Achery Club) di Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah di sini, semalam.

Baru-baru ini, media melaporkan KKM akan mengadakan semula PICKids secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.

Ditanya mengapa KKM tidak meneruskan program itu sehingga hujung tahun ini, beliau menegaskan KKM sudah memberi peluang kepada ibu bapa dengan menunda tarikh tamat program itu daripada 15 kepada 31 Mei lalu namun ia ibarat ‘menanti buah yang tak gugur’ kerana masih tidak ramai yang datang.

“Apabila orang tidak datang, masa kita agak terbuang. Pada masa sama, kita kena fokus juga kepada penyakit berjangkit dan tidak berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) selain denggi yang kian meningkat.

“KKM sebenarnya bimbang terhadap kanak-kanak yang tidak divaksin apabila kes meningkat atau ada varian baru,” katanya.

“Apabila orang tidak datang, masa kita agak terbuang Dr Noor Azmi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia