Harian Metro

‘Semua bermula dengan satu farmasi’

-

Kota Bharu: Bermula dengan satu farmasi, kini perniagaan­nya semakin berkembang dan terkini, wanita ini memiliki tujuh rangkaian perniagaan termasuk di Lembah Klang.

Bukan satu laluan yang mudah untuk memiliki dan mengembang­kan perniagaan itu kerana ia memerlukan komitmen dan usaha bersungguh-sungguh bersama pasukan.

Bagi naib presiden sebuah syarikat farmasi, Hasnah Zakaria, 43, perniagaan­nya bermula dengan hanya satu farmasi jualan runcit sebelum membuka sebuah kilang pembuatan industri produk di Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada 2000.

Katanya, kilang itu kemudian berkembang apabila pihaknya menjalin kerjasama dengan Sirim pada 2006 sehingga 2009 dalam membangunk­an penyelidik­an serta pembanguna­n produk kosmetik.

“Alhamdulil­lah, hasil daripada kilang berkenaan, syarikat kami menjadi semakin berkembang dan sehingga kini, kami sudah memiliki beberapa rangkaian farmasi, kilang pembuatan produk dan syarikat pengiklana­n.

“Pemasaran bukan sahaja dilakukan di Kelantan, malah di Lembah Klang. Semua ini tidak akan wujud sekiranya tiada kerjasama antara pasukan dan kakitangan yang kini hampir 300 orang,” katanya ketika dihubungi.

Di samping itu, ibu kepada empat anak itu berkata, dengan perniagaan berkenaan, dia dapat membantu lebih ramai orang termasuk pekerja dan orang awam yang mahu menceburi bidang perniagaan.

Hasnah juga berkata, menerusi kilang pembuatan produk berkenaan, pihaknya sudah melahirkan tiga individu yang menjadi jutawan produk dan semuanya sudah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa termasuk Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta sijil halal.

“Pada masa depan, saya merancang untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dalam golongan muda sekali gus menjadi jutawan.

“Saya juga mahu menjadikan produk halal Malaysia dikenali di seluruh dunia,” katanya.

“Saya rancang untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan Hasnah

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia