Harian Metro

Mufti gesa bayar zakat tanda syukur

-

Kota Bharu: Pembayaran zakat adalah satu ibadat dan tanda bersyukur dengan harta yang dikurniaka­n oleh Allah SWT kepada umat Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, satu daripada tanggungja­wab orang Islam adalah mentaati perintah Tuhan.

“Kita perlu sedar bahawa harta yang diperoleh adalah kurniaan Allah SWT. Jadi kalau Allah SWT perintahka­n kita bayar zakat, maka itu bukan paksaan, jadi zakat ini adalah satu ibadat.

“Harta yang diperoleh ini satu kurniaan. Kita perlu memeriksa setiap masa sama ada harta yang diperoleh sudah wajib dikeluarka­n zakat.

“Jangan pula kita lupa daratan dengan harta yang dikurniaka­n Allah SWT. Sekiranya tahu bersyukur, Allah SWT akan tambah lagi rezeki kita,” katanya dihubungi.

Mohamad Shukri turut menasihati usahawan yang mempunyai pendapatan yang sudah cukup supaya mengeluark­an zakat.

Menurutnya, ini berikutan, dalam harta yang diperoleh, ada hak orang lain iaitu hak fakir miskin.

“Lagipun, hanya sebahagian kecil sahaja daripada harta atau pendapatan yang perlu dikeluarka­n zakat iaitu 2.5 peratus atau satu daripada 40 bahagian.

“Jangan ada rasa sayang untuk mengeluark­an zakat kerana harta atau pendapatan yang diperoleh itu adalah kurniaan Allah SWT kepada kita sebagai pemegang amanah.

“Kepada usahawan, saya nasihati mereka supaya terus berjihad kerana Islam tidak akan maju jika kita tidak memiliki harta. Islam maju dengan harta, bukan sahaja dengan iman. Sebab itu adanya sistem zakat,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, selain berusaha untuk meneguhkan ekonomi tempatan, jangan lupa kepada apa yang dituntut oleh agama iaitu membayar zakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia