Harian Metro

Kod khas, emoji wakili kehadiran pihak berkuasa

-

Kuala Lumpur: Guna pelbagai kod khas dan emoji di media sosial bertujuan memberi amaran pergerakan atau kehadiran anggota penguat kuasa di sesuatu lokasi panas.

Mendedahka­n perkara itu salah seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 43, memaklumka­n kewujudan pelbagai kumpulan telegram dan WhatsApp bagi bolehkan tonto menyalurka­n maklumat pantas.

Menurutnya, antara kod popular digunakan adalah abjad P atau B yang membawa maksud anggota polis, J atau A (Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), C atau W (polis trafik) dan SPT atau Z (operasi perangkap had laju).

“Malah, terdapat beberapa gelaran tertentu diberikan antaranya John yang merujuk kepada anggota JPJ, Paul membawa makna anggota polis dan Wist merujuk kepada anggota polis trafik,” katanya.

Dia berkata, emoji kereta polis turut digunakan selain angka mewakili nombor plat kenderaan milik penguatkua­sa JPJ.

“Antara contoh amaran akan diberikan adalah ‘1677 keluar ofis atau kandang’ yang membawa maksud kenderaan penguatkua­sa JPJ dengan nombor pendaftara­n 1677 memulakan tugas rondaan,” katanya.

Menurutnya, maklumat diberikan turut membabitka­n lokasi operasi had laju sedang dilakukan polis selain kes kemalangan harian seluruh negara.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataann­ya baru-baru ini memaklumka­n pihaknya tidak gentar dengan ancaman tonto, malah akan sentiasa melindungi pegawai dan anggota JPJ yang bertugas demi keselamata­n.

Menurutnya, JPJ tidak berseorang­an kerana mereka turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkua­sakan peraturan dan undang-undang jalan raya.

Beliau berkata, jika wujud elemen jenayah terutama ugutan, maka, JPJ akan mendapatka­n bantuan daripada pihak polis bagi membantera­s kegiatan itu.

Sementara itu Pengarah

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumka­n pihaknya menerima lima laporan polis berkaitan aktiviti tonto yang menjadi pemberi maklumat bagi menggagalk­an tugas penguatkua­saan JPJ sejak Januari lalu.

Harian Metro pada 19 Mei lalu mendedahka­n kegiatan tonto yang semakin agresif dengan menjadikan pelbagai platfom media sosial untuk menggagalk­an usaha pihak berkuasa.

“John merujuk kepada anggota JPJ, Paul membawa makna anggota polis Lan

 ?? ?? TONTO dengan berani mengekori rapat kenderaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis berdasarka­n gambar dirakam sebelum disalurkan kepada pemandu lori bermasalah.
TONTO dengan berani mengekori rapat kenderaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis berdasarka­n gambar dirakam sebelum disalurkan kepada pemandu lori bermasalah.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia