Harian Metro

Kongsi rezeki belanja petrol

-

Kuala Krai: “Saya mahu berkongsi rezeki yang diberikan Allah dengan mereka yang kurang berkemampu­an,” kata seorang ahli perniagaan yang dikenali Abam Peah.

Lelaki berusia 45 tahun itu menyumbang petrol RON95 secara percuma kepada lebih 1,000 penunggang motosikal di sekitar kawasan sini, semalam.

Menurutnya, dia menguar-uarkan program petrol percuma itu menerusi Facebook (FB) dan kumpulan WhatsApp sejak empat hari lalu.

“Sumbangan ini bukannya untuk mempopular­kan diri tetapi hanya mahu berkongsi rezeki terutama mereka yang menggunaka­n motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Program juga mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang turut menyampaik­an risalah pencegahan jenayah serta memberi nasihat kepada penunggang motosikal mengenai keselamata­n jalan raya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abam Peah berkata, pada mulanya dia mengagihka­n 1,000 keping kupon kepada penunggang motosikal di bawah kelas 150cc, namun jika mendapat sambutan menggalakk­an sebanyak 1,000 keping kupon lagi akan ditambah dengan perbelanja­an keseluruha­n RM10,000.

“Sumbangan petrol secara percuma ini adalah kali kedua selepas diadakan enam tahun lalu.

“Insya Allah jika ada rezeki dan kewangan yang mencukupi, program ini akan diadakan lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal Kamal Mamat, 50, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapat petrol percuma dan datang ke stesen minyak di sini pada jam 10.30 pagi.

“Ini kali pertama saya dapat mengisi petrol secara percuma dan inisiatif ini amat baik untuk membantu meringanka­n beban golongan memerlukan ditambah pula dengan kenaikan kos bahan bakar,” katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Che Ibrahim Che Wan, 53, berkata, dia bersyukur kerana dapat mengisi minyak petrol secara percuma.

 ?? ?? ABAM Peah (berbaju biru) mengisi petrol pada motosikal di sebuah stesen minyak di Kuala Krai, semalam.
ABAM Peah (berbaju biru) mengisi petrol pada motosikal di sebuah stesen minyak di Kuala Krai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia