Harian Metro

JANGKA HARGA AYAM RM10 SEKILO

Skim harga maksimum runcit ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam tamat pada 30 Jun depan

-

Persekutua­n Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkak­an harga sekilogram ayam akan mencecah lebih RM10 selepas berakhirny­a skim harga maksimum runcit ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam pada 30 Jun ini.

Penasihat FLFAM Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata penamatan kedua-dua insentif daripada kerajaan itu sekali gus akan menyebabka­n kos keseluruha­n yang ditanggung penternak akan meningkat melebihi RM7 sekilogram selaras dengan peningkata­n harga makanan ayam.

“Sekarang ini, harga sekilogram ayam adalah RM8.90 iaitu harga ayam segar dari ladang adalah RM5.60 sekilogram tetapi sekarang ini kami masih mendapat subsidi sebanyak RM1.40 bagi sekilogram ayam.

“Harga dedak hari ini satu beg lebih kurang RM130… paling murah. Satu kilogram dedak pula lebih kurang RM2.60. Ini hanya dedak sahaja dan bagi kira-kira 1.7kg ayam, kos dedak sudah lebih RM4 manakala anak ayam yang kami beli berharga RM2.30 hingga RM2.40 seekor,” katanya.

Beliau berkata penternak bukan sahaja perlu menanggung harga pembelian anak ayam dan dedak, tetapi juga perlu mengambil kira kos lain seperti gaji, ubat vaksin dan elektrik.

Katanya justeru FLFAM berharap dapat melakukan perbincang­an dengan kerajaan terutama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) bagi menentukan harga baharu ayam yang munasabah dan mengambil kira kepentinga­n rakyat serta penternak ayam di negara ini.

Jeffery Ng berkata perbincang­an berkenaan penting bagi memastikan tiada pihak akan mengambil kesempatan terhadap penamatan kedua-dua insentif itu dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Kelmarin media melaporkan harga ayam dijangka naik pada bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirny­a skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementeria­n Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamad­kan hujung bulan ini.

 ?? ?? ORANG ramai membeli ayam segar di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu.- Gambar NSTP/GHAZALI KORI
ORANG ramai membeli ayam segar di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu.- Gambar NSTP/GHAZALI KORI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia