Harian Metro

Satu kontena bekalan ayam import tiba semalam

-

‘ Bekalan ayam seterusnya akan dibawa masuk ke dalam negara pada Isnin ini (esok)” Kenyataan LPP

Kuala Lumpur: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sudah mula mengimport ayam bulat daripada pengeluar ayam dengan simpanan stok pertama sebanyak 21 tan metrik dalam satu kontena tiba semalam.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n pengimport­an ayam itu adalah daripada pengeluar yang mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

“Bekalan ayam seterusnya akan dibawa masuk ke dalam negara pada Isnin ini (esok) iaitu tiga kontena yang akan ditempatka­n di bilik sejuk beku Nafas di Sungai Bakap, Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

LPP memaklumka­n lembaga itu melalui Nafas dan Gabungan Pertubuhan Peladang Negeri telah diberi peranan utama untuk melaksanak­an program stok penimbal ayam bagi tujuan menstabilk­an keperluan bekalan ayam negara.

Menurut LPP, program tersebut dilaksanak­an secara berperingk­at-peringkat dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) dan gabungan berkenaan terutama dalam penggunaan kemudahan bilik sejuk.

Sementara itu, LPP memaklumka­n pengedaran ayam pula adalah melalui jaringan rangkaian Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) dan Fama dengan LPP akan memantau pelaksanaa­n penjaduala­n pengimport­an oleh Nafas.

Tiga PPN iaitu PPN Selangor, Johor dan Perak dikenal pasti bagi membantu Nafas menjayakan program tersebut dengan beberapa PPN lain akan turut sama dilibatkan mengikut keperluan semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia