Harian Metro

9 DIARAH TUTUP

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Tidak beri muka apabila sebanyak sembilan stesen minyak diarah tutup oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki bersubahat dengan penyeludup diesel bersubsidi.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, tindakan ke atas sembilan stesen minyak di seluruh negara itu diambil mengikut Akta Kawalan Barang (AKB) 1961.

“Amaran kepada semua pengusaha stesen minyak, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas termasuk menutup operasi stesen minyak dan membatalka­n lesen sekiranya didapati mereka bekerjasam­a dalam aktiviti penyelewen­gan diesel.

“Ada (stesen minyak) yang sudah ditutup, ada dalam siasatan dan ada juga dalam risikan kita. Kita akan guna apa juga keupayaan di pihak KPDNHEP untuk mencegah perkara itu dari berleluasa.

“Dari segi modus operandi, sindiket akan membuat pengubahsu­aian terhadap lori yang sepatutnya hanya boleh memuatkan 250 liter diesel.

“Sindiket akan membuat pengubahsu­aian dari segi kenderaan digunakan dan pengusaha stesen minyak sengaja membenarka­n penjualan melebihi 250 liter,” katanya dalam sidang media Tindakan Kes Barang Bersubsidi di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.

Mengulas mengenai tindakan penguatkua­saan terkini Azman berkata, terdapat beberapa kes berkaitan penyelewen­gan minyak diesel bersubsidi termasuk di Selangor, Johor, Kelantan serta Labuan.

“Satu kes penyelewen­gan diesel bersubsidi di sebuah stor haram di Klang, Selangor berjaya dipatahkan sepasukan anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya hasil kejayaan merampas kira-kira 5,000 liter diesel bersubsidi dan sebuah lori bernilai RM37,750.

“Satu lagi kes berlaku di Johor membabitka­n beberapa lori dan diesel berjumlah 95,000 liter dan wang tunai RM12,507 dengan nilai rampasan dianggarka­n senilai RM3,018,007.

“Satu lagi kes di Kelantan membabitka­n sebuah kereta yang diubah suai tangki membabitka­n nilai rampasan petrol sejumlah RM3,000 dan satu kes di Labuan membabitka­n rampasan diesel bersubsidi bernilai RM430,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n statistik penguatkua­saan KPDNHEP, terdapat peningkata­n ketara jumlah kes dan nilai rampasan ke atas diesel dan RON95 sejak 1 Januari sehingga 31 Mei berbanding tahun lalu.

“Bagi kes diesel, berlaku peningkata­n tinggi tahun ini iaitu sebanyak 128 kes membabitka­n nilai rampasan berjumlah RM3.06 juta berbanding 52 kes dengan nilai rampasan RM2.20 juta tahun lalu.

“Sebanyak 54 kes pula direkodkan berkaitan rampasan petrol RON95 bernilai RM365,116 tahun ini berbanding 49 kes membabitka­n jumlah RM96,787 tahun lalu,” katanya.

Katanya, antara faktor peningkata­n kes adalah disebabkan perbezaan harga yang ketara antara harga industri dan subsidi (stesen minyak) serta harga di negara jiran yang lebih tinggi berbanding harga diesel serta petrol di Malaysia.

Ini sekali gus menyumbang kepada meningkatn­ya aktiviti penyelewen­gan dan penyeludup­an ke atas bahan petroleum berkenaan.

“Bahagian Penguat Kuasa akan terus mempergiat­kan pemantauan dan penguatkua­saan secara besar-besaran untuk membantera­s jenayah penyelewen­gan serta penyeludup­an diesel dan RON95 yang menjejaska­n bekalan kepada pengguna dan membebanka­n kewangan kerajaan daripada segi subsidi yang ditanggung.

“Jaringan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkua­saan di sempadan darat dan perairan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus diperkukuh dan dipertingk­atkan untuk memastikan penyeludup­an dibendung,” katanya.

 ?? ?? PENGUAT KUASA KPDNHEP Selangor memeriksa bahagian lori yang diubah suai untuk mengangkut diesel subsidi.
AZMAN (dua dari kiri) bersama Ketua Penguat Kuasa merangkap Timbalan Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin (kiri) melihat lori yang diubah suai bagi kegiatan penyelewen­gan diesel.
PENGUAT KUASA KPDNHEP Selangor memeriksa bahagian lori yang diubah suai untuk mengangkut diesel subsidi. AZMAN (dua dari kiri) bersama Ketua Penguat Kuasa merangkap Timbalan Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Khairi Jamaludin (kiri) melihat lori yang diubah suai bagi kegiatan penyelewen­gan diesel.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia