Harian Metro

Dua suspek tipu dokumen ditahan

-

Kuala Lumpur: Polis menahan dua suspek, seorang lelaki dan wanita berumur 56 dan 57 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan dokumen perbankan membabitka­n kerugian lebih RM600,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, kedua-dua suspek dalang utama kes berkenaan ditahan di Jalan Bukit Bintang jam 12.20 tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, tangkapan berkenaan susulan laporan polis dibuat seorang perunding kewangan pada 10 Jun lalu yang mendakwa beliau ditipu ketika berurusan dengan kedua-dua suspek bagi mendapatka­n dokumen Standby Letter Of Credit yang bernilai AS$250 juta dari bank di luar negara bagi menjalanka­n perniagaan antarabang­sa di Korea.

“Mangsa membuat bayaran tunai berperingk­at pada 27 Februari dan 2 Mac lalu berjumlah keseluruha­n RM629,000 kepada suspek lelaki bagi tujuan bayaran wang pemprosesa­n.

“Pada 4 Mac lalu, mangsa menerima e-mel daripada pihak ketiga yang mengemukak­an dokumen berkenaan urus niaga terbabit dan curiga dengan dokumen itu beliau membuat pengesahan di sebuah bank tempatan dan ia disyaki palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 20 Jun ini dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Babitkan kerugian lebih RM600,000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia