Harian Metro

Tanya jenis kerja diminati

-

Kajang: Sebuah syarikat penyedia perkhidmat­an beroperasi di daerah ini menggunaka­n pendekatan mengajar bekas banduan mendisipli­nkan diri untuk menjadikan mereka pekerja yang baik.

Ketua Pengarah Urusan dan Diplomatik syarikat itu, Mohd Norsharrya­di Shaari berkata, pihaknya tidak mahu bekas banduan terus melakukan kerja hakiki pada minggu pertama mereka berdaftar.

“Pada minggu pertama, mereka hanya perlu bangun tepat pada masa dan perlu kemas tempat tidur (katil) sendiri sebelum pergi ke pejabat.

“Di pejabat, mereka tidak perlu buat kerja dan diminta balik ke asrama semula apabila tamat waktu bekerja. Tujuan kita melakukan amalan ini supaya mereka ada rasa tanggungja­wab dan disiplin sebelum masuk ke dunia pekerjaan yang lebih mencabar,” katanya ditemui di pejabat syarikat itu.

Mohd Norsharrya­di berkata, pihaknya juga akan merujuk kepada pilihan dan kecenderun­gan bekas banduan itu dalam sesuatu bidang.

“Kita akan tanya mereka, apa jenis pekerjaan yang mahu mereka lakukan, pekerjaan diminati selain jika mereka mempunyai pengalaman atau sijil kelayakan dalam bidang tertentu.

“Daripada situ, kita akan menempatka­n mereka di tempat kerja dalam bidang yang mereka selesa dan mahu bekerja. Langkah ini membolehka­n mereka rasa bersemanga­t untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada bekas banduan termasuk asrama dan keperluan asas selain manfaat kerja seperti pekerja lain.

 ?? ?? MOHD Norsharrya­di
MOHD Norsharrya­di
 ?? ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia