Harian Metro

10 KALI MASUK JEL, KINI JADI CEF

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

‘ Saya juga diminta untuk mengemas katil sendiri (di asrama) sebelum pergi ke ibu pejabat syarikat jam 9 pagi”

Beh Chee Seng

Bekas banduan yang bekerja dengan sebuah syarikat penyedia perkhidmat­an beroperasi di daerah ini diberi tempoh seminggu untuk menyesuaik­an diri dalam alam pekerjaan dengan hanya melakukan aktiviti harian termasuk mengemas katil sepanjang tempoh berkenaan.

Bekas banduan, Beh Chee Seng, 45, berkata, selepas dibebaskan dari Penjara Kajang pada April lalu, dia diberi peluang untuk bekerja dengan syarikat terbabit sebagai tukang masak di sebuah hotel di Genting Highlands,

Pahang.

“Sepanjang seminggu pertama saya masuk ke asrama syarikat ini, saya tidak terus bekerja dan hanya diminta untuk bangun mengikut waktu kerja ditetapkan.

“Selain itu, saya juga diminta untuk mengemas katil sendiri (di asrama) sebelum pergi ke ibu pejabat syarikat jam 9 pagi.

“Tiba di pejabat, saya tidak membuat sebarang kerja dan balik selepas waktu bekerja iaitu jam 5 petang. Ia kaedah diambil majikan bagi melatih kami (bekas banduan) untuk mendisipli­nkan diri serta bersedia untuk ‘terjun’ ke alam pekerjaan,” katanya ditemui di pejabat syarikat berkenaan di sini.

Chee Seng berkata, dia benar-benar mahu mengubah jalan hidupnya selepas terjerumus dengan penyalahgu­naan dadah dan kes jenayah yang menyebabka­n dia dipenjara 10 kali sejak 2015.

“Sebelum ini, saya memang ada terfikir untuk berubah namun tiada pihak yang dapat membantu. Disebabkan itu, saya amat bersyukur kerana ada yang sudi menerima bekas banduan sebagai pekerja.

“Malah, majikan juga amat memahami apabila mereka turut meminta pandangan saya dalam bidang apa yang saya mahu ceburi. Memandangk­an saya pernah bekerja sebagai tukang masak, saya memilih untuk bekerja dalam bidang sama,” katanya.

Seorang lagi bekas banduan yang bekerja di syarikat sama, G Nandakumar, 46, berkata, selepas dibebaskan dari penjara pada Mei lalu, dia yang dalam keadaan sehelai sepinggang tidak tahu arah lokasi dituju.

“Saya bersyukur kerana majikan sudi menerima saya untuk bekerja kerana saya sudah serik untuk melakukan kesalahan dan tidak mahu kembali ke penjara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia