Harian Metro

Perlu lesen vesel untuk tangkap sotong

-

Kuantan: Nelayan yang ingin menangkap sotong perlu memiliki lesen vesel dan menggunaka­n peralatan mengail yang dibenarkan sahaja.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Abdullah Jaafar berkata, bagi nelayan yang memiliki lesen mereka perlu mematuhi setiap peraturan ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, sebagai contoh aktiviti menangkap sotong dan ikan di perairan taman laut ia hanya dibenarkan di luar kawasan dua batu nautika dari pantai.

“Sekiranya terdapat nelayan melanggar peraturan diterapkan mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM20,000 atau didakwa di mahkamah.

“Syarat yang ditetapkan oleh jabatan bertujuan bagi menjaga sumber perikanan supaya tidak terjejas dan menjaga kelestaria­nnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, musim sotong sekarang memberi peluang kepada nelayan dan pelancong mencandat sotong yang menjadi antara produk pelanconga­n di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia