Harian Metro

BOT MALAYSIA TAPI NELAYAN ASING

Segelintir nelayan tempatan guna khidmat pendatang tanpa izin untuk tangkap ikan dengan gaji murah

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

Guna khidmat nelayan haram warga Myanmar yang dibayar gaji murah untuk menangkap ikan di laut.

Itu antara tindakan segelintir nelayan tempatan yang sanggup menanggung risiko dengan menggunaka­n khidmat pendatang tanpa izin.

Terbaharu lapan individu warga Myanmar diberkas selepas dikesan menjalanka­n aktiviti perikanan secara haram pada jarak kira-kira 11.6 batu nautika barat laut Sekinchan di sini.

Semua mereka ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menerusi rondaan Op Ehsan.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, seramai lapan individu termasuk tekong berusia 29 hingga 42 tahun ditahan dalam operasi jam 12.10 tengah hari kelmarin.

Di samping itu, beliau berkata, Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk sebelum itu tutut mengesan dua bot nelayan tempatan yang sedang menjalanka­n aktiviti perikanan secara berkelompo­k dan dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati kedua-dua bot nelayan berkenaan dikendalik­an lapan kru warga Myanmar.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas dokumen berkaitan mendapati kedua-dua bot berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Manakala semua dokumen pengenalan diri kru bot nelayan juga meragukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Siva Kumar berkata, susulan itu hasil tangkapan ikan campur seberat kira-kira 200 kilogram (kg) bersama kru dan bot ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

 ?? ?? SUASANA sibuk setiap pagi di Pasar Kecil Semporna, Sabah dengan aktiviti jualan hasil laut oleh nelayan dan pemborong. Nelayan laut yang pulang akan memindahka­n hasil tangkapan segar untuk dipasarkan kepada pembeli dan pengusaha restoran makanan laut Semporna yang juga dikenali dengan nama Tong Talun. - Gambar NSTP/MOHD ADAM ARININ
SUASANA sibuk setiap pagi di Pasar Kecil Semporna, Sabah dengan aktiviti jualan hasil laut oleh nelayan dan pemborong. Nelayan laut yang pulang akan memindahka­n hasil tangkapan segar untuk dipasarkan kepada pembeli dan pengusaha restoran makanan laut Semporna yang juga dikenali dengan nama Tong Talun. - Gambar NSTP/MOHD ADAM ARININ
 ?? ?? ANTARA lapan individu warga Myanmar termasuk seorang tekong yang ditahan APMM Selangor kerana menjalanka­n aktiviti perikanan secara tidak sah.
ANTARA lapan individu warga Myanmar termasuk seorang tekong yang ditahan APMM Selangor kerana menjalanka­n aktiviti perikanan secara tidak sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia