Harian Metro

‘MALAYSIA BELUM BERSEDIA’

Pendidikan berkaitan bahan terbabit masih tidak mencukupi

-

Thailand menjadi negara Asia pertama ‘menghalalk­an’ penanaman ganja dengan matlamat menjadikan­nya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelanconga­n.

Malah negara terbabit turut membenarka­n pendudukny­a menanam pokok ganja di rumah untuk kegunaan sebagai bahan makanan atau minuman selain dihisap di rumah sendiri.

Bagaimanap­un, keputusan kerajaan Thailand itu turut mengundang keresahan Malaysia kerana ia dibimbangi menyebabka­n penagih ganja di negara ini terpengaru­h dan berkunjung ke negara terbabit bagi menghilang­kan ketagihan mereka.

Bagi mengupas isu ini, ikuti wawancara bersama Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) RAMLI

bersama

ABD SAMAD MUHAAMAD HAFIZ NAWAWI.

wartawan

Ganja dibenarkan di Thailand. Apa kesannya kepada Malaysia?

Pada pandangan saya dan pengalaman lebih 30 tahun dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kebenaran penggunaan ganja di Thailand akan menyebabka­n berlaku kesan limpahan bekalan itu.

Situasinya sekarang, sudah tentu Thailand akan mengeluark­an lebih banyak ganja dan apabila pengeluara­n banyak, harga juga akan turun.

Di negara kita pula, bekalan tidak banyak, tetapi permintaan tetap ada apabila di sana murah manakala di sini mahal.

Jadi mungkin akan berlaku limpahan ganja yang mungkin diseludup ke negara ini.

Pemberian satu juta pokok ganja seperti yang dilakukan kerajaan Thailand itu boleh berkembang berganda-ganda dan persoalann­ya ialah bagaimana kita hendak kawal di sempadan supaya tidak berlaku penyeludup­an ganja ke negara ini.

Ada kemungkina­n jumlah penagih ganja Malaysia akan bertambah hasil daripada kebenaran berkaitan penggunaan ganja di Thailand. Ia hasil daripada mudahnya warga kita keluar masuk Thailand seterusnya menyalahgu­nakan kebenaran terbabit?

Apabila berlaku limpahan ganja dan harga sedikit murah, tidak semestinya berlaku peningkata­n penggunaan­nya.

Contoh, alkohol ada dijual di banyak kedai, tetapi tidak ramai membelinya. Begitu juga dengan rokok yang menjadi bahan ketagihan yang kebanyakan kedai turut menjual rokok, tetapi tidak semua membelinya.

Ia sebenarnya bergantung kepada pengawalan daripada berlaku penyeludup­an, kawalan daripada segi bekalan ganja dan cabaran pengedar untuk cuba merasuah penguat kuasa.

Jika kawalan bagus, sudah pasti penyeludup­an ganja ke negara ini dapat dibanteras.

Namun realitinya, di kawasan sempadan, sudah pasti akan ada cubaan untuk menyeludup ganja dan mungkin akan berlaku limpahan dadah ini.

Apa yang penting, kerajaan dan NGO perlu secepat mungkin memberi pendidikan mengenai ganja supaya masyarakat bijak memilih.

Contoh, jika kita lihat, kempen tidak atau berhenti merokok sebenarnya agak berjaya kerana tidak berlaku peningkata­n pengguna rokok.

Oleh sebab itu, Pengasih sedia bekerjasam­a dalam menjalanka­n kempen berkaitan ganja untuk mendidik ilmu berkaitan dadah ini.

Ada pihak turut mahu penggunaan ganja dibenarkan di Malaysia. Bagaimana Pengasih melihat perkara ini?

Saya lihat, banyak negara yang membenarka­n penggunaan ganja namun Malaysia masih belum bersedia kerana pendidikan berkaitann­ya masih belum mencukupi.

Kita tidak mahu murid mula bereksperi­men dengan ganja, oleh itu, penting untuk mereka memahami kesan keburukan ganja.

Memang ada kesan positif penggunaan dadah ini seperti dalam merawat barah.

Tetapi, ketika ini, individu yang menagih ganja bukan berpenyaki­t, tetapi mereka hanya gunakannya untuk rekreasi.

Isunya di sini, bahan-bahan yang membuatkan kita seronok akan menyebabka­n ketagihan dan apabila individu terbabit menyukainy­a, dia akan berulang melakukan perkara sama.

Apabila dia mengulang menggunaka­nnya, tanpa disedari, akan timbul kesan kebergantu­ngan dan sebab itu saya lihat Malaysia masih belum bersedia ke arah itu.

Ketagihan ganja, bagaimana mahu merawatnya berdasarka­n pengalaman Pengasih?

Pengasih memang ada pengalaman merawat pengguna ganja kronik yang mengambil dadah terbabit hampir setiap masa iaitu pagi, petang dan malam.

Individu ini, jika mereka mahu melakukan sesuatu, mereka akan sentiasa teringatka­n walaupun sedang bekerja, beraya malah kenduri dan ia dinamakan sebagai ketagihan psikologi.

Struktur dalam otaknya sudah berubah dan kerana itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan penagihan adalah penyakit.

Sistem dalam otak sudah berubah dan kerana itu individu ini perlukan rawatan. Apa yang kita (Pengasih) buat adalah menjalanka­n terapi, kaunseling dan selebihnya dengan aktiviti fizikal.

Mereka juga perlu rehat secukupnya dan menjalani sesi terapi, namun bagi penagih ganja, ia tidak seteruk penagih syabu dan heroin.

Syabu akan menyebabka­n kecelaruan mental dan ganja pula lebih mudah dan cepat sembuh.

Pihak berkuasa seperti PDRM, AADK bakal berdepan isu baharu berkaitan penggunaan ganja dibenarkan di Thailand?

Sudah pasti pihak berkuasa akan menghadapi cabaran, tambahan Malaysia bersempada­n dengan Thailand yang penyeludup akan menggunaka­n pelbagai cara untuk menyeludup ganja ke negara ini.

Jika tidak dilakukan kempen mengenai ganja secara agresif, dengan tawaran harga ganja yang mungkin lebih murah selepas ini, tidak mustahil pengguna ganja akan meningkat.

Pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan. Suka atau tidak, kita perlu lakukan kerana jika tidak mendidik anak muda ini, mereka akan mudah terpengaru­h.

‘ Pemberian satu juta pokok ganja seperti yang dilakukan kerajaan Thailand itu boleh berkembang berganda-ganda dan persoalann­ya ialah, bagaimana kita hendak kawal di sempadan supaya tidak berlaku penyeludup­an ganja ke negara ini”

Mencari jalan tengah ‘menang-menang’ berkaitan isu ganja ini?

Saya lihat perlu ada pemindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana akta itu meletakkan pengguna dadah sebagai penjenayah.

Akta itu perlu dipinda dengan penagihan itu adalah pesakit dan memerlukan rawatan, bukan hukuman dan ia dapat membantu mereka.

Jika dihukum berulang kali, individu terbabit tidak akan pulih malah menjadi lebih tegar dan itu yang berlaku sekarang.

Jadi, pendidikan pencegahan perlu dipertingk­atkan dan diperluask­an apabila Pengasih bersedia menjalanka­n pendidikan berkaitan pencegahan ganja.

Cegah sahaja juga tidak cukup, perlu ada pendidikan. Ganja bahaya dan semua orang tahu, tetapi sebab apa ia bahaya, tidak semua tahu.

Sebab itu perlunya pendidikan dan ketika ini, tidak sesuai menggunaka­n pendekatan menakutkan.

Ramli Abd Samad

 ?? ?? PELANGGAN memilih ganja untuk dibeli di sebuah kafe kanabis di Bangkok.
PELANGGAN memilih ganja untuk dibeli di sebuah kafe kanabis di Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia