Harian Metro

SKMM terima 3,285 aduan berita palsu

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 3,285 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu bagi tempoh 2020 hingga 31 Mei 2022.

Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata terdapat peningkata­n aduan berita palsu berkaitan Covid-19 pada Mac 2020 namun SKMM mendapati trendnya semakin menurun menjelang 2021.

“Jenis berita palsu yang biasa disebarkan ialah mengenai penyamaran atau merosakkan reputasi.

“Orang ramai cenderung untuk membuat generalisa­si mengenainy­a tetapi dari segi undang-undang sesetengah berita palsu ini boleh dikategori­kan sebagai fitnah terhadap seseorang secara semula jadi,” katanya dalam program terbitan Bernama TV, The

Brief: The Current State of Fake News.

Zulkarnain berkata berita palsu juga termasuk tindakan menyamar sebagai individu terkenal atau individu terkemuka dalam politik, perniagaan atau perbankan sebagai menjalinka­n usaha niaga pelaburan tertentu atau untuk digunakan sebagai cadangan pelaburan kepada individu terkenal.

Beliau berkata masyarakat perlu memahami bahawa kandungan berita palsu yang disebarkan itu itu mungkin dalam bentuk gambar dan ia boleh dikategori­kan sama ada mengenai kejadian, fitnah atau berkaitan penyamaran.

Zulkarnain berkata SKMM akan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat dalam penyediaan kandungan palsu dan berunsur mengancam mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia