Harian Metro

Dua laluan baharu bas perantara

-

Kuala Lumpur: Rapid KL akan memperkena­lkan dua laluan bas perantara yang baharu bagi menampung keperluan penumpang LRT Laluan Kelana Jaya serta membolehka­n pengguna menikmati perjalanan pulang dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak petang.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan memaklumka­n perkhidmat­an itu ditawarkan bermula kelmarin dari pukul 4.30 petang hingga 7.30 malam bagi menghubung­kan

Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti serta Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju.

“Perkhidmat­an bas sokongan ini akan mengambil penumpang di stesen LRT/ MRT yang dinyatakan dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain,” menurut kenyataan itu.

Kekerapan bas adalah setiap 15 minit dan operasi laluan bas secara percuma ini ditawarkan dari Isnin hingga Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia