Harian Metro

Operasi pembenihan awan bermula

-

Subang: Paras air di Empangan Bukit Merah dekat daerah Kerian, Perak yang mencapai tahap kritikal sejak 27 Mei lalu sehingga mengakibat­kan gangguan bekalan air memaksa Operasi Pembenihan Awan (OPA) dijalankan selama tiga hari bermula semalam.

Operasi itu membabitka­n empangan yang mengairi kawasan sawah seluas 19,058 hektar di Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA)

Kerian dan 1,267 hektar kawasan IADA Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata selain mengganggu aktiviti pertanian, situasi yang berlaku di empangan berkenaan yang merekodkan bacaan kritikal didapati turut memberi kesan terhadap bekalan air bagi tujuan domestik, perikanan dan industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia