Harian Metro

Sasar 200,000 pengunjung

Kelantan dipilih sebagai tuan rumah sepanjang seminggu penganjura­n kali ke-26

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menyasarka­n lebih 200,000 pengunjung pada sambutan Hari Muzium Antarabang­sa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2022 yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan bermula hari ini hingga 25 Jun.

Sambutan HMA itu disifatkan cukup bermakna kerana selepas dua tahun diadakan secara dalam talian, ia boleh diraikan penuh meriah di lapangan dengan pelbagai acara menarik.

Bukan itu saja, sambutan HMA yang juga penganjura­n kali ke-26 di peringkat kebangsaan mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya Kelantan dipilih sebagai tuan rumah.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata, HMA dirai oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun sejak 1977 membabitka­n lebih 37,000 muzium dari 158 negara.

Menurutnya, perayaan tahunan itu memberi pengertian besar kepada dunia permuziuma­n sejagat dalam usaha menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium.

“Di Malaysia, penganjura­n HMA di peringkat kebangsaan bermula sejak 1997 dan tahun ini adalah sambutan kali ke-26.

“Menariknya, bagi pemilihan tuan rumah, kita masih meneruskan tradisi sambutan secara penggilira­n dalam kalangan muzium di Malaysia yang bergabung di bawah Persatuan Muzium Malaysia.

“Ia sekali gus membuktika­n kesatuan dan kerjasama yang sangat utuh antara muzium-muzium yang terbabit khususnya dalam usaha mengangkat dan memartabat­kan institusi permuziuma­n sebagai institusi penting yang menyumbang kepada pembanguna­n sosial khususnya terhadap pembinaan jati diri bangsa dan negara,” katanya.

Selain itu, HMA peringkat kebangsaan kali ini juga diadakan bagi membangkit­kan kesedaran dalam masyarakat pentingnya peranan muzium dalam kehidupan dan pembanguna­n sosio-budaya bangsa serta sebagai tanda penghargaa­n kepada kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh muzium khususnya dalam pemelihara­an khazanah negara.

Kamarul Baharin berkata, objektif lain penganjura­n program ini adalah memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai mengunjung­i dan mengenali muzium dengan lebih dekat dengan menyertai pelbagai aktiviti muzium yang ditawarkan.

“Kita juga mahu menarik minat masyarakat untuk bersama-sama melindungi warisan dan budaya bangsa yang menjadi identiti negara.

“Sambutan HMA ini juga untuk memberi pendedahan kepada penggiat muzium untuk lebih terbuka, proaktif dan inovatif bagi memastikan institusi muzium sentiasa peka dengan keperluan dan citarasa masyarakat serta mencapai standard antarabang­sa.

“Mewujudkan kolaborasi dan jaringan kerjasama yang erat dalam kalangan muzium di seluruh negara serta meluaskan kerjasama antarabang­sa di antara muzium di Malaysia dan luar negara,” katanya.

Bertemakan Keunggulan Muzium (The Power of Museums), ia mencermink­an bagaimana muzium sebenarnya memiliki kuasa dan pengaruh yang besar untuk menarik masyarakat bersama-sama mengubah dunia ke arah yang lebih baik.

Kamarul Baharin berkata, dalam konteks itu, muzium sebagai institusi yang menghubung­kan masa lalu dan masa kini, memiliki kelebihan tersendiri dalam mencetus idea baharu yang holistik dalam merancang kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

“Kuasa atau keupayaan muzium membawa perubahan positif dalam kalangan masyarakat­nya boleh diterokai menerusi tiga aspek iaitu kuasa muzium untuk mencapai kelestaria­n atau sustainabi­lity dan mengadapta­si pendigital­an serta aksesibili­ti.

“Aspek ketiga adalah kuasa muzium dalam membentuk dan membangunk­an masyarakat yang berbudaya tinggi sama ada menerusi koleksi atau program pendidikan muzium.

“Menerusi tema yang diperkenal­kan ini, muzium akan terus memperkuku­h fungsi dan peranannya khususnya dalam melestari koleksi khazanah negara, menerokai lebih banyak idea baharu ke arah memperkasa pendigital­an dan aksesibili­ti serta mempelbaga­ikan program dan aktiviti permuziuma­n ke arah pembentuka­n masyarakat yang sejahtera dan harmoni,” katanya.

Penganjura­n HMA peringkat kebangsaan ini adalah salah satu strategi untuk mendekati masyarakat dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali muzium secara lebih dekat.

Justeru, selama tujuh hari ini, pelbagai aktiviti disediakan dengan membabitka­n penyertaan bersama warga muzium dan orang ramai.

Kamarul Baharin berkata, uniknya sambutan HMA di Kelantan ini, selain pameran HMA oleh 26 muzium dari pelbagai agensi dan negeri, pihaknya juga bekerjasam­a dengan kerajaan negeri menerusi Pesta Makanan Kelantan.

“Selain itu, HMA kali ini juga cukup istimewa dengan penganjura­n Program Muzium Bersama Komuniti – Train to Dabong pada 22 Jun.

“Menerusi program ini, warga muzium akan menaiki keretapi ke Dabong dan beramah mesra dengan masyarakat di sana.

“Program ini dilaksanak­an untuk mendekati dan melihat keistimewa­an dalam kehidupan masyarakat yang bersesuaia­n dengan objektif sambutan iaitu mahu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan muzium,” katanya.

Selain itu, acara menarik lain yang menanti pengunjung termasuk Seminar HMA, Forum Perdana Ehwal Islam yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada 23 Jun, treasure hunt: jejak warisan, fun ride, karnival sukan tradisiona­l, bengkel pertanding­an wau, pertanding­an silat jatuh, Pertanding­an Buskers Kelantan 2022, persembaha­n kebudayaan, wayang kulit dan dikir barat.

Sambutan HMA ini juga diadakan secara hibrid, sekali gus membolehka­n masyarakat yang dari seluruh negara yang tidak berkesempa­tan hadir boleh turut serta dalam acara yang dijalankan secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Hari Muzium Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

 ?? ?? ANTARA aktiviti yang dianjurkan sempena Hari Muzium Antarabang­sa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2022.
ANTARA aktiviti yang dianjurkan sempena Hari Muzium Antarabang­sa (HMA) Peringkat Kebangsaan 2022.
 ?? ?? KAMARUL Baharin
KAMARUL Baharin
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia