Harian Metro

2 maut motosikal masuk laluan kereta

-

Hulu Selangor: Dua remaja lelaki maut sejurus motosikal ditunggang memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah kereta.

Dalam kejadian jam 7.48 pagi semalam, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun maut di lokasi kejadian di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Taman Keliang, Kalumpang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Arsad Kamaruddin berkata, kedua-dua mangsa perjalanan dari Kerling ke Proton City, Tanjung Malim maut di lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitka­n kereta Volvo dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi, kereta itu berlanggar dengan motosikal ditunggang kedua-dua mangsa yang datang dari arah bertentang­an.

“Motosikal itu dipercayai masuk ke laluan kereta menyebabka­n berlaku pertembung­an terbabit.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia