Harian Metro

Lelaki berjubah masih misteri

-

Melaka: Identiti lelaki berjubah putih serta berkopiah didakwa cuba menculik kanak-kanak di Kampung Krubong di sini, terus menjadi tanda tanya.

Setakat ini polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang bapa mengatakan anak perempuann­ya berusia enam tahun hampir diculik suspek petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christophe­r Patit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu yang dibuat lelaki berusia 45 tahun mendakwa anaknya hampir diculik ketika pulang mengaji kira-kira jam 6 petang.

“Lelaki itu mendakwa ketika kejadian anaknya bersama kakak dan seorang anak saudara sedang berjalan untuk pulang ke rumah. Mereka tiba-tiba ditegur seorang lelaki memakai jubah putih serta berkopiah menaiki kereta dipercayai Proton Persona berwarna perak.

“Lelaki tidak dikenali itu kemudian menarik tangan anaknya masuk ke dalam kereta. Menyedari tindakan itu, kakak dan sepupu mangsa bertindak merentap baju lelaki terbabit menyebabka­n suspek terus beredar meninggalk­an lokasi,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian lari menyelamat­kan diri ke rumah saudara yang terletak di berhampira­n.

Sementara itu, Christophe­r berkata, bapa mangsa

‘ Lelaki itu mendakwa ketika kejadian anaknya bersama kakak dan seorang anak saudara sedang berjalan untuk pulang ke rumah” Christophe­r Patit

memaklumka­n ada orang awam yang sempat melihat nombor pendaftara­n kereta dinaiki suspek, namun semakan mendapati ia adalah palsu.

“Semakan dilakukan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftara­n diberikan itu didaftarka­n atas kenderaan Nissan Cefiro.

“Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama orang awam tampil menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia