Harian Metro

‘TEKAN-TEKAN’ DAPAT RM5K

-

‘ Dia (sindiket) kata dia tak dapat nak refund (pulang) duit itu. Dia kata esok pagi kita boleh refund, tetapi you (awak) kena bayar denda sebab dah lebih masa”

Menawarkan pekerjaan di luar negara dengan upah lumayan menjadi taktik sindiket menarik minat individu yang terdesak dalam kehidupan sebelum akhirnya mangsa terperangk­ap dengan penipuan itu.

Kerja tekan-tekan, senang-senang dapat RM5,000 sebulan dan belum masuk komisen. Itu dakwaan kaki temberang yang menawarkan mangsa untuk mendapatka­n pekerjaan di luar negara.

Tidak cukup dengan ‘janji angin’, mangsa yang rata-ratanya berada dalam keadaan hidup yang terdesak turut ditawarkan penempatan serta makan dan minum selain kos penerbanga­n dan pengangkut­an diserap sepenuhnya sindiket berkenaan.

Buletin TV9 melakukan semakan di beberapa platform laman sosial bagi mendapatka­n gambaran lebih jelas mengenai dakwaan mangsa penipuan seperti dilaporkan media sebelum ini.

Hasilnya mendapati sindiket melalui ejen lazimnya menarik minat orang ramai dengan membanding­kan nilai ringgit dan mata wang asing yang jauh lebih tinggi kononnya sebagai ganjaran yang menanti mangsa.

Wartawan TV9 kemudian melakukan penyamaran kononnya mahu bekerja di luar negara sebagai pegawai perhubunga­n awam di syarikat ejen terbabit.

Ternyata apa yang didakwa mangsa selari dengan apa yang dilalui wartawan sendiri.

“Kerja tekan saja, tak payah call atau apa. Kerja di Phnom Penh, Kemboja.

“Kalau tak dapat 20 customer satu bulan, dapat 15 dolar satu hari. Tapi komisen still ada,” kata ejen itu.

Wartawan TV9 kemudian cuba ‘main tarik tali’ dengan menolak tawaran berkenaan, namun tidak lama kemudian, tawaran baharu datang menerpa.

Selain tawaran kerja di luar negara, orang ramai kini berdepan sindiket pekerjaan kononnya menawarkan komisen yang tinggi melalui pembelian barangan elektronik di platform e-dagang.

Seorang mangsa dikenali sebagai Aboi berkata, dia menanggung kerugian lebih RM16,000 akibat ditipu sindiket pekerjaan berkenaan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila sebahagian daripada kerugian terbabit adalah hutang hasil pinjaman daripada ahli keluarga.

Aboi berkata, pada awalnya dia ‘dipancing’ dengan keuntungan lumayan dijanjikan syarikat berkenaan.

“Mula-mula task itu, dia suruh saya click link, memang direct ke Shopee dan dia kemudian screenshot ke link yang dia bawa saya itu.

“Bila sudah screenshot,

dia beri saya nombor akaun bernama Noor Faizatun dan kemudian saya kena transfer RM80 lebih. Saya dijanjikan dia akan transfer

balik modal saya itu dengan sekali komisen 10 peratus.

“Namun selepas beberapa transaksi dilakukan mengikut arahan itu, habuk pun tidak ada (tidak dapat pulangan).

“Dia (sindiket) kata dia tak dapat nak refund (pulang) duit itu. Dia kata esok pagi kita boleh refund, tetapi you (awak) kena bayar denda sebab dah lebih masa,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian membayar RM3,299 dan keesokan harinya dia berhubung lagi dengan sindiket itu, namun tidak dapat bayaran sebelum menceritak­an kejadian berkenaan kepada sepupu yang kemudian memaklumka­n dia ditipu dan tidak akan dapat semula wang terbabit.

Menyedari dirinya sudah masuk perangkap, Aboi segera membuat laporan polis, namun sedar peluang untuk mendapatka­n kembali wangnya amat tipis.

Selepas kejadian itu, dia buntu hendak mencari wang simpananny­a semula namun sudah rezekinya dapat memperoleh pekerjaan tetap.

“Saya kumpul sikit-sikit dan buat kerja sampingan dan akhirnya dapat bayar balik wang dipinjam kepada sepupu,” katanya.

Ikuti siri kedua temu bual bersama penganalis­is jenayah, Kamal Affandi Hashim dalam Buletin TV9 pada jam 7 malam ini dan dapatkan versi penulisan dalam akhbar Harian Metro, esok.

Aboi

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia