Harian Metro

Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu rai penonton setia

-

Petaling Jaya: Bersempena ulang tahun ke-38, TV3 menganjurk­an Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu di Sri Pentas di sini, semalam sebagai tanda terima kasih kepada penonton setia stesen televisyen berkenaan.

Dalam acara berkenaan yang bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu, pelbagai aktiviti menarik dan hadiah istimewa disediakan kepada 380 penonton bertuah yang turut serta.

Lebih istimewa, beg cenderahat­i TV3 juga diberikan kepada 150 peserta terawal dalam acara ini yang menampilka­n Fiza Frizzy dan Cef Fikree sebagai hos acara.

Sesi pelancaran acara itu disempurna­kan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dengan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima Nini Yusof.

Nini berkata, pihaknya merancang lebih awal bagi program sambutan ulang tahun stesen televisyen berkenaan kali ini dengan menampilka­n program menarik sepanjang bulan ini.

“Ini termasuk menjemput pembaca berita legenda untuk Buletin Utama serta hos lama program Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI).

“Pada Rabu lalu, kita mencapai peratusan penonton tertinggi iaitu 27 peratus berbanding purata direkodkan 21 peratus dengan 51 peratus direkodkan pada waktu perdana,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, semalam.

Katanya, pihaknya akan menganjurk­an sambutan ulang tahun itu pada skala besar dengan penganjura­n acara Jom Heboh yang berlangsun­g pada 25 dan 26 Jun ini di Putrajaya.

Orang awam yang berkunjung ke Sri Pentas berpeluang beramah mesra dengan artis termasuk Anna Jobling, Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Siti Nordiana, Liza Abdullah dan Emma Maembong.

Mereka juga dihiburkan dengan persembaha­n daripada Nabila Razali, Hael Husaini, Naim Daniel, Sarah Suhairi, Suki Low, Naqiu, Syafeek Ikhwan, Zazo Maulana, Haris Fayahet, Wanie Ooi dan Aman Aziz.

Bersempena dengan filem terbaharu Jurassic World Dominion yang kini ditayangka­n di pawagam, pameran Jurassic Park World Dominion diadakan di Sri Pentas untuk pengunjung berinterak­si.

Seorang pengunjung acara itu, Muhammad Jabir Shamsuri, 34, berkata, dia teruja menghadiri Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu kerana mahu bertemu artis pujaan.

“Saya datang awal ke sini (Sri Pentas) kerana tidak mahu terlepas program yang diadakan dalam acara ini selain mahu bertemu ramai artis yang datang memeriahka­n fiesta ini.

“Selaku penonton setia TV3, saya mengharapk­an stesen televisyen ini akan terus menyajikan program-program menarik untuk tatapan semua,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, semalam.

Pada Rabu lalu, kita mencapai peratusan penonton tertinggi iaitu 27 peratus berbanding purata direkodkan 21 peratus dengan 51 peratus direkodkan pada waktu perdana”

Nini Yusof

 ?? ?? DR Syed Hussian (empat dari kiri) dan Nini (tiga dari kiri) melancarka­n Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu bersama selebriti di pekarangan Sri Pentas, semalam. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI
DR Syed Hussian (empat dari kiri) dan Nini (tiga dari kiri) melancarka­n Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu bersama selebriti di pekarangan Sri Pentas, semalam. - Gambar NSTP/SAIFULLIZA­N TAMADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia