Harian Metro

DULU RM300 KINI RM700

PU Riz tambah duit galakan untuk pelajar kalangan B40, OKU cemerlang SPM

-

Tahun lalu pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tahun ini, PU Riz, 27, menggandak­an jumlah itu menjadi RM700 dan ditawarkan kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampu­an atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).

PU Riz berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram daripada pelajar lepasan SPM 2021 yang diumumkan Khamis lalu berkenaan kesusahan dialami.

“Diakui banyak kesusahan dilalui sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan Covid-19 dalam negara. Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendali­kan peperiksaa­n besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.

“Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesai­kan dan mengharung­i cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.

“Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat Covid-19 tapi kena teruskan persekolah­an dan banyak lagi cerita sedih. Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A,” katanya.

Menurut PU Riz, tawaran itu juga sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

“Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Kuala Lumpur:

‘ Inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesai­kan dan mengharung­i cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang”

PU Riz

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia