Harian Metro

Amir periksa vokal kod sebelum konsert

-

“Saya ada pergi buat check up dengan pakar ENT (telinga, hidung dan tekak) untuk lihat keadaan tekak. Perlu check kerana babitkan puluhan lagu.

“Jadi perlu check vokal kod. Doktor masukkan kamera ikut hidung untuk tengok adakah berlaku bengkak atau luka kerana saya dah praktis dalam minggu ini di Istana Budaya sahaja sampai empat jam,” kata penyanyi Amir UK’s (gambar) yang beraksi dalam Konsert U.K’S Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, malam kelmarin.

Menurutnya, dia risau sekiranya berlaku bengkak di vokal kod yang akan mengganggu nyanyianny­a.

“Alhamdulil­lah cuma ada sikit sahaja luka dan doktor bagi ubat untuk kecutkan dalam masa tiga hari lepas.

“Memang berdebar sebenarnya kerana kerisauan adalah bila kita serak. Ia akan mengganggu vokal kod. Tapi bila saya sambung dengan ubat dan rehat yang cukup, persembaha­n saya sangat baik,” katanya ditemui selepas konsert berakhir.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia