Harian Metro

Elisya selamat bersalin bayi perempuan

-

Kuala Lumpur: Pelakon Elisya Sandha, 23, yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 26, selamat bersalin bayi perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Sheila, 51, mengucap syukur dan sangat teruja menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluargany­a itu.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas rezeki ini. Alhamdulil­lah semua berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah saya akan jaga Elisya dalam pantang dan dibantu besan Mama Sandha,” katanya.

Lebih seminggu sebelum kelahiran itu, Shiela ada berkongsi dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapa­n cucu perempuann­ya.

Menurutnya, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama.

Katanya dia akan gunakan nama itu dan hanya akan dikongsika­n Elisya serta suaminya selepas dilahirkan.

 ?? ?? ELISYA dan Uzair.
ELISYA dan Uzair.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia