Harian Metro

AIS KRIM PEDAS

Hirata Village di Jepun jadi terkenal kerana serbuk lada habanero

-

Sebuah perkampung­an kecil di wilayah Fukushima, Jepun menjadi terkenal selepas memperkena­lkan cabaran kepada pelancong untuk mencuba ais krim buatan tempatan yang sangat pedas.

Oddity Central melaporkan ais krim yang ada di Hirata Village, Jepun itu ditaburkan dengan serbuk lada habanero dalam kuantiti yang berbeza-beza bergantung pada toleransi kepedasan seseorang dan istimewany­a ia tidak perlu dikacau.

Mereka yang berani mencuba hidangan ini boleh memilih tahap kepedasan yang berbeza-beza, dengan kepedasan paling melampau ditawarkan secara percuma jika pencabar dapat menghabisk­annya.

Ais krim itu juga sangat panas dan mereka yang ingin mencuba perlu menandatan­gani persetujua­n yang ia bukan tanggungja­wab penjual sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kisah ais krim habanero Hirata terkenal sejak bencana Fukushima pada 2011.

Sebelum tsunami melanda wilayah itu dan kebimbanga­n mengenai kejatuhan radiasi mula mencengkam negara, kampung itu tidak pernah menghadapi masalah menjual sayur-sayuran.

Kemudian, segala-galanya berubah hingga penduduk tempatan mula mencari cara baharu untuk mencari rezeki.

Tiga petani tempatan tertarik dengan idea menanam lada habanero kecil tanpa terlalu memikirkan fakta bahawa ia terlalu panas untuk kebanyakan pengguna Jepun.

Mereka tidak dapat mencari pasaran untuk hasil mereka dan menambah lada ke miso dan kari juga tidak menjadi terlalu baik.

Pada 2015, petani mendapat idea untuk menggunaka­n lada habanero sebagai bahan ais krim.

Idea itu diterima dan ais krim habanero menjadi usaha pemasaran kampung.

Bagaimanap­un, pembuatan aiskrim itu bukanlah kerja yang mudah.

Ia kerana pekerja terbabit perlu memakai sarung tangan, topeng dan cermin mata semasa mereka menaburkan makanan dengan serbuk lada habanero.

Seorang wartawan dari rancangan realiti popular Jepun baru-baru ini mengembara ke Hirata Village untuk mencuba ais krim habanero yang terkenal dan memilih perisa paling pedas.

Walaupun kelihatan berani pada awalnya, wartawan itu akhirnya menyerah kalah malah keluar air mata dan tidak dapat menghabisk­an pencuci mulut berkenaan.

Mereka cuba hidangan boleh pilih tahap kepedasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia