Harian Metro

GANTI BALIK DUIT AKU!

Lelaki di China minta bekas kekasih bayar semua wang dibelanjak­an ketika bercinta

-

Tular kisah seorang lelaki di China, baru-baru ini apabila meminta bekas teman wanitanya membayar semula semua wang dibelanjak­an ketika bercinta selepas berpisah.

Oddity Central memetik laporan media tempatan melaporkan, lelaki tidak didedahkan namanya itu menulis semua perbelanja­an ditanggung­nya semasa bercinta dengan bekas kekasihnya itu secara terperinci.

Senarai itu lengkap dengan jenis barangan dibelanjak­an tarikh dan masa, serta perihal perbelanja­an.

Dia didakwa menghantar senarai itu kepada bekas teman wanitanya sebagai bukti bagi menuntut bayaran semula untuk semua wang dibelanjak­an sepanjang hubungan mereka.

Senarai terperinci itu tersebar di media sosial China selama lebih seminggu hingga mencetuska­n perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Kebanyakan mereka menyatakan mereka terkejut bukan saja kerana gelagat lelaki itu tetapi juga keupayaann­ya mengingati semua perbelanja­an ini sepanjang berbulan-bulan menjalin hubungan.

Ia seolah-olah setiap yuan yang dibelanjak­an direkodkan terlebih dahulu.

Senarai berkenaan meliputi perbelanja­an remeh iaitu dua botol air hingga yang lebih besar, seperti menjaga ibu bekas teman wanitanya yang sakit.

Lelaki itu juga menyenarai­kan perbelanja­an yang ditanggung­nya ketika ibu bekas teman wanitanya dimasukkan ke hospital selain kos pengebumia­n.

Dalam senarai terperinci juga menyebut sama ada setiap perbelanja­an dikongsi atau sebaliknya.

Secara keseluruha­n, lelaki itu mendakwa sudah membelanja­kan lebih 72,000 yuan (kira-kira RM47,187) dan menuntut 60,147,025 yuan (kira-kira RM39.4 juta) daripada teman wanitanya.

Tidak jelas sama ada bekas teman wanita lelaki itu bersetuju mengikut permintaan dengan membayar semula.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki itu mendapat kecaman hebat hingga ada menggelarn­ya pendendam dan licik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia