Harian Metro

Terkejut beli sebiji tembikai RM74.90

-

Seoul: Tembikai kini ibarat makanan ‘kayangan’ di Korea Selatan berikutan peningkata­n harganya di pasaran.

Korea Times melaporkan kenaikan harga itu disedari seorang suri rumah berusia 58 tahun, Kim yang terkejut melihat betapa mahalnya tembikai sejak beberapa minggu kebelakang­an ini.

Tembikai buah bermusim kegemaran penduduk Korea Selatan pada musim panas, namun ramai pembeli kini teragak-agak untuk memasukkan­nya ke dalam bakul beli-belah mereka.

Ia kerana harganya meningkat lebih 30 peratus berbanding setahun lalu, menurut peruncit.

“Harga tembikai menjadi KRW2,000 (RM6.80) hingga KRW3,000 (RM10.20) sekilogram.

“Ia adalah buah kegemaran suami dan anak-anak saya namun harga yang lebih tinggi membuatkan saya berfikir semula untuk membelinya,” kata Kim.

Seorang lagi suri rumah, Lee berkata, dia kini memilih buah-buahan lain berbanding tembikai kerana harganya yang tinggi.

“Bagaimana sebiji tembikai boleh menjadi KRW22,000 (RM74.90) secara tiba-tiba? Saya tidak pernah membayar wang sebanyak itu untuk makan buah itu. Kini tembikai adalah makanan mewah,” kata Lee.

Perubahan iklim menyebabka­n jumlah penghantar­an tembikai di negara ini menurun sebanyak empat peratus.

Musim panas tahun ini datang lebih awal daripada jangkaan dan peningkata­n permintaan untuk tembikai daripada pengguna menyebabka­n harganya meningkat. Menurut laporan Institut Ekonomi Luar Bandar Korea (KREI) yang dikeluarka­n pada Jun lalu, harga domestik tembikai dijangka mencecah antara KRW2,300 (kira-kira RM7.80) dan KRW2,500 (kira-kira RM8.50) sekilogram.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia