Harian Metro

HARAP MAGIS KHILAF ASMARA

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Profil kejayaan yang dicipta penyanyi Shila Amzah meletakkan dirinya antara penyanyi wanita terbaik dalam negara. Tidak hanya berbekalka­n kualiti vokal dimiliki, Shila bijak dalam pemilihan lagu.

Biarpun jarang menghasilk­an lagu, sekali dia muncul dengan single terus ‘meletup’ dan mencuri perhatian ramai. Malah, kebanyakan lagu itu kekal bertakhta di hati peminat dan seluruh pencinta muzik tanah air.

Selepas muncul Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36), graf seni Shila, 32, atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah kembali memuncak. Malah, peminat bagai tidak sabar menantikan buah tangan terbaharun­ya.

Tanpa menunggu lama, Shila melancarka­n single Khilaf Asmara yang turut dipilih menjadi lagu tema drama Khilaf Asmara yang ditayangka­n sepanjang Ramadan lalu di TV3.

Menurut Shila, lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal

Amylea dan diterbitka­n oleh 17 Eleven Music itu mempunyai kekuatan daripada segi melodi dan lirik.

“Apa yang membuatkan saya bersetuju untuk bekerjasam­a sekali lagi dengan Amylea kerana kali ini adalah lagu dan lirik ciptaan daripada Amylea sendiri. Sudah tentu pertama kali mendengar demo lagu ini saya terus jatuh cinta.

“Kelebihan dan kekuatan lagu ini ia lebih pada melodi dan juga lirik itu sendiri. Sebab pada ketika saya merakamkan lagu ini, saya pun sedang melalui sesuatu dalam hidup saya, jadi itu membuatkan lagu ini dekat dengan lirik lagu ini dan juga melodi lagu itu sendiri,” katanya.

Menariknya juga, Shila dianggap cukup bertuah apabila lagu nyanyianny­a menjadi pilihan untuk lagu tema drama sekali gus disifatkan medium terbaik bagi mempromosi­kan lagi lagu berkenaan.

“Bagi saya, tak kisah kerana apabila mendapat projek lagu untuk OST drama ini saya melihatkan pada trend di Korea Selatan juga mereka akan ada spesifik lagu untuk setiap drama.

“Saya suka akan projek yang bukan sekadar ambil lagu dari tempat lain atau artis lain yang bukan buat spesifik untuk drama dan dijadikan OST. Jadi ini yang saya suka,” katanya.

Sebelum lagu Khilaf Asmara, Shila juga pernah bekerjasam­a dengan Amylea selaku penulis lirik menerusi lagu Tiada Dirimu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia