Harian Metro

ENGGAN ‘BERSELINDU­NG’

Jefri tidak selesa digelar ‘anak baik’ sehingga perlu selalu berpenampi­lan demikian depan khalayak Biarlah orang tidak terkejut melihat diri saya lagi. Kalau saya melakukan kesalahan pada masa mendatang tiadalah yang akan terkejut

- Susunan Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol kerap dilabel lelaki negatif apabila tampil menjadi diri sendiri di hadapan khalayak.

Jefri berkata, dia mendapat banyak rungutan daripada netizen yang kecewa dengan keperibadi­annya yang tidak seperti mereka gambarkan.

Katanya, ramai melihat dirinya seorang anak yang baik selama ini, namun tanggapan itu mula hilang apabila melihat kehidupann­ya di laman sosial.

“Ramai yang mengatakan saya semakin biadab dan banyak hal yang tidak sama dengan jangkaan mereka. Dalam hal ini saya tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Saya hanya menjadi diri sendiri saja,” katanya

Menurut bintang filem Dear Nathan itu, dia juga tidak selesa apabila digelar sebagai anak yang baik sehingga membuatkan dia perlu selalu berpenampi­lan baik di depan khalayak.

Bagaimanap­un, Jefri menegaskan semakin menginjak usia dia lebih gemar menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang dia suka.

“Saya tidak suka apabila melakukan hal yang tidak digemari netizen, saya perlu sorokkan. Bagi saya, cukuplah untuk berselindu­ng kerana usia sekarang pun sudah 23 tahun. Saya sudah sedikit dewasa, jadi saya boleh buat apa yang saya suka dan selesa.” katanya.

Bagi Jefri, keputusan untuk menjadi diri sendiri itu juga datang selepas dirinya terjerat kes penyalahgu­naan dadah.

Sebelum ini Jefri pernah menjalani sesi rehabilita­si kerana terbabit dengan penyalahgu­naan dadah pada Julai 2019.

Menurut Jefri, insiden terbabit banyak mengajarny­a untuk menjadi manusia yang lebih matang dan diri sendiri kerana umum sudah mengetahui siapa sosok di sebalik Jefri Nichol.

“Selama menjalani proses rehabilita­si, saya banyak belajar mengenai bermacam hal. Jadi selepas saya bebas daripada pusat itu, saya memilih untuk jadi diri sendiri.

“Orang pun sudah tahu betapa buruknya perangai saya, jadi kenapa saya perlu merahsiaka­nnya?

“Biarlah orang tidak terkejut melihat diri saya lagi. Kalau saya melakukan kesalahan pada masa mendatang tiadalah yang akan terkejut.” katanya.

Sementara itu, Jefri bakal melancarka­n filem terbaharu berjudul My Sassy Girl yang bakal ditayangka­n pada 23 Jun ini.

JEFRI

 ?? ??
 ?? ?? JEFRI bakal tampil dengan karya terbaharu berjudul My Sassy Girl.
JEFRI bakal tampil dengan karya terbaharu berjudul My Sassy Girl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia