Harian Metro

INOVASI DAN PROAKTIF

Yamaha 135LC FI Edisi Khas dilengkapi bakul premium kini dipatenkan

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Model Edisi Khas untuk Yamaha 135LC FI bukan sahaja tampil dengan warna yang lebih elegan, malah dengan Bakul Premium Yamaha yang julung kali dikeluarka­n khusus untuk motosikal cub itu.

Untuk rekod, sebelum memperkena­lkan bakul ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melakukan kajian pasaran berkaitan keberkesan­annya dan pelbagai faedah lain.

Selepas melakukan kajian pasaran, HLYM mengambil langkah proaktif menawarkan bakul yang lebih kemas dipasang pada motosikal sebagai produk tulen jenama itu di Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries dan Pengarah Urusan HLYM Datuk Dr Jim Khor Mun Wei berkata, Bakul Premium Yamaha ini bukan sekadar pelengkap aksesori malah untuk pelbagai kegunaan lain.

“Dengan penuh besar hati, kami ingin memaklumka­n yang Bakul Premium Yamaha ini menunggu proses untuk kelulusan.

“Antara yang unik serta istimewa ialah Bakul Premium Yamaha ini direka oleh unit pakar dan pereka di Malaysia.

“Ia dihasilkan menggunaka­n material berkualiti tinggi serta ciri bersepadu dengan rekaan Yamaha 135LC FI,” katanya.

Menurut beliau, Bakul Premium Yamaha ini bukan sekadar bakul, ia adalah kemudahan 2 dalam 1 dengan fungsi bahagian yang terbuka dan tertutup berkapasit­i 7,500 mililiter (ml) kalis air dilengkapi pengecas USB.

Selain menawarkan bukaan tempat duduk lebih luas, bakul ini juga menambah gaya Yamaha 135LC FI yang sudah diketahui cukup kemas serta berketramp­ilan.

Seiring dengan pembaharua­n, Yamaha 135LC FI juga datang dengan enjin yang mematuhi penarafan Euro4 serta prestasi enjin klac auto yang dipertingk­atkan sebanyak tujuh peratus.

Yamaha 135 LC FI dikuasakan enjin 135cc baharu sejukan cecair empat lejang SOHC.

Ia mampu menjana kuasa 12.5 kuasa kuda pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm dan kotak gear empat kelajuan ‘Constant Mesh’.

Bakul Premium Yamaha pula hanya khusus untuk model Yamaha 135LC FI Edisi Khas yang dijual pada harga RM8,198 (atas jalan tanpa insurans).

 ?? ?? NISSAN Serena S-Hybrid 2022.
NISSAN Serena S-Hybrid 2022.
 ?? ?? BAKUL Premium Yamaha kini dipatenkan.
BAKUL Premium Yamaha kini dipatenkan.
 ?? ?? GAYA 4WD kompak.
GAYA 4WD kompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia