Harian Metro

Nissan Serena S-Hybrid Baharu Edisi 2022

-

Model Baharu Nissan Serena S-Hybrid 2022 yang bakal menjengah ke pasaran awal Julai ini didatangka­n dengan ciri kemasan dan keselamata­n terkini.

Diedarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebagai pengimport dan pengedar utama kenderaan Nissan di Malaysia, kenderaan pelbagai guna (MPV) ini ditawarkan pada harga di bawah RM150,000 untuk varian Highway Star.

Bagi varian Premium Highway Star, harganya pula di bawah RM165,000.

MPV tujuh tempat duduk ini dikuasakan enjin 2.0 liter DwiCVTC dengan ciri ECO elektrik motor untuk bantuan gerak mula bagi mengurangk­an penggunaan bahan api.

Serena S-Hybrid mula memasuki pasaran tempatan pada 2014 sebagai model import sepenuhnya (CBU) sebelum ditawarkan sebagai unit pemasangan tempatan (CKD) pada 2015.

Ia juga adalah model hibrid pertama yang dipasang di negara ini selain masih kekal sebagai satu-satunya model

MPV hibrid pemasangan tempatan.

Untuk tempahan awal model 2022, ETCM menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan penyelengg­araan percuma dengan selang jarak masa 10,000km, 30,000km, 50,000km, 70,000km dan 90,000km.

Empat warna ditawarkan dan bagi mengelakka­n kelewatan menerima kenderaan yang dibeli, tempahan kini dibuka dengan bayaran minimum RM1,000.

Ciri lain Serena S-Hybrid ialah pintu belakang dua bahagian, pintu sisi berkuasa bebas tangan pada kedua belah bahagian, 7 port pengecas USB dan 13 ketetapan konfiguras­i tempat duduk dengan kerusi kapten pada baris kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia