Harian Metro

TUMBUH LIAR SEPANJANG MASA

- Rencana@hmetro.com.my

PAK DIN

Ladang sawit sekitar kawasan Batu 8, Labu, Negeri Sembilan dikatakan kawasan yang ditumbuhi cendawan busut iaitu antara dua hingga tiga kali sebulan.

Turut menemani penulis ke kawasan itu, seorang peniaga yang sering mencari cendawan busut yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Din.

Menurut Pak Din, 54, dia sudah lebih 10 tahun terbabit mencari cendawan busut itu dan hasilnya dijual kepada penggemar sayur kulat di depan kedai minumnya di Batu 8, Jalan Labu.

“Biasanya saya pergi awal pagi sekitar 6.30 pagi seorang diri dengan membawa guni dan menunggang motosikal ke kawasan ladang yang biasa saya masuk.

“Kebiasaann­ya saya atau rakan pencari cendawan busut ini akan masuk ladang selepas mendapat info daripada pekerja ladang kerana mereka terlebih dahulu tahu,” katanya.

Katanya, kalau penggemar cendawan ini mahu mendapatka­nnya, mereka perlu melalui di Jalan Batu 8, Labu kerana banyak orang yang menjualnya di sepanjang jalan berkenaan.

“Lazimnya peniaga cendawan busut ini akan menjual mengikut harga pasaran kira-kira RM10 seikat atau ada juga yang menjual mengikut timbangan.

“Orang kampung di sini rajin masuk ladang sawit mencari cendawan busut sekadar untuk membuat lauk. Apatah lagi kawasan ini tidak putus-putus tumbuhnya cendawan busut tanpa musim,” katanya.

Pak Din berkata, ada satu ketika dahulu, penuntut daripada sebuah universiti pertanian datang membuat kajian berkenaan kewujudan cendawan busut di kawasan ini.

“Mungkin jenis tanah ladang sawit kawasan

Labu ini sesuai dengan pembiakan cendawan busut menyebabka­n ia banyak tumbuh meliar walaupun bukan musim hujan.

“Biasanya di tempat lain, antara petunjuk ialah kelkatu banyak berterbang­an selepas hujan, tetapi di sini ketika cuaca panas pun masih ada cendawan busut yang tumbuh,” ujarnya.

Katanya, apabila tiba musim banyak cendawan tumbuh, ada yang dapat antara 20 hingga 30 kilogram sehari.

 ?? ?? PAK Din mencabut cendawan busut yang banyak tumbuh di sebuah ladang sawit kawasan Batu 8.
PAK Din mencabut cendawan busut yang banyak tumbuh di sebuah ladang sawit kawasan Batu 8.
 ?? ?? CENDAWAN busut yang banyak terdapat di kawasan ladang di Batu 8 menjadi sumber pendapatan penduduk
CENDAWAN busut yang banyak terdapat di kawasan ladang di Batu 8 menjadi sumber pendapatan penduduk
 ?? ?? CENDAWAN busut yang sudah dijadikan gulai.
CENDAWAN busut yang sudah dijadikan gulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia