Harian Metro

321 KALI DERMA DARAH PLATELET

33 penderma lebih 50 kali diraikan pada program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM

- Oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamat­kan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.

Lim adalah penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lebih mengagumka­n, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.

Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamat­kan nyawa ramai orang.

“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.

“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.

“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.

Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.

“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.

“Saya menggalakk­an masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewa­an iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.

Pengarah PPUM Prof Dr Nazirah Hasnan yang merasmikan program berkenaan berkata, ketika ini bekalan darah di PPUM berada pada paras baik.

Menurutnya, sepanjang tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini (2020 dan 2021) statistik bekalan darah di jabatan itu menunjukka­n penurunan ketara.

“Jumlah pendermaan darah 2020 menurun 27 peratus iaitu 18,478 unit berbanding 25,673 unit pada 2019.

“Jumlah darah berjaya dikumpulka­n pada

2021 ialah 16,801 unit. Diharapkan kesedaran mengenai kebaikan pendermaan darah dapat menarik lebih ramai penderma baharu terutama golongan muda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perubatan Transfusi PPUM Dr Christina Lee Lai Ling berkata, pendermaan darah platelet adalah untuk memenuhi keperluan kepada pesakit onkologi seperti pesakit barah, termasuk barah darah dan sebagainya.

“Ini kerana pesakit terbabit mempunyai bacaan platelet yang rendah dan memerlukan pemindahan darah platelet setiap hari.

“Penderma hanya akan menderma darah platelet kerana sel darah merah akan dikembalik­an ke badan mereka (penderma).

“Oleh itu, penderma ini boleh menderma darah sekerap setiap dua minggu atau setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata, kriteria penderma darah platelet ialah mereka sekurangku­rangnya sudah dua kali menderma darah penuh.

“Selain itu, mereka juga perlu mempunyai urat yang boleh dilihat pada kulit supaya mudah dicucuk jarum untuk proses pendermaan darah.

“Mereka juga mestilah sihat serta bebas daripada sebarang aktiviti berisiko tinggi seperti homoseksua­l dan sebagainya,” katanya.

Dr Christina berkata, jumlah darah platelet yang didermakan ialah antara 200 hingga 250 mililiter.

Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan LIM

 ?? ?? LIM menunjukka­n buku rekod derma darah platelet sebanyak 321 kali.
LIM menunjukka­n buku rekod derma darah platelet sebanyak 321 kali.
 ?? ?? DR Nazirah (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penderma darah aktif PPUM.
DR Nazirah (dua dari kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penderma darah aktif PPUM.
 ?? ?? DR Christina
DR Christina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia