Harian Metro

Liverpool lepaskan Mane kepada Bayern

-

London: Liverpool mencapai persetujua­n dengan Bayern Munich mengenai penjualan Sadio Mane selepas penyerang Senegal itu mahu berpindah dari Liga Perdana Inggeris ketika kontraknya berbaki setahun.

Gergasi Bundesliga, Bayern mahu memperkasa­kan bahagian serangan selepas pengundura­n Robert Lewandowsk­i dan kini terma perjanjian bernilai £35 juta (RM188.28 juta) dengan kontrak tiga tahun sudah dipersetuj­ui, menurut Sky Sports.

Pemain berusia 30 tahun itu memberi bayangan sebelum final Liga Juara-Juara Eropah bahawa dia mahu mencari cabaran baharu walaupun mempunyai hubungan baik dengan pengurus, Jurgen Klopp dan penyokong di Anfield.

Mane meledak 120 gol untuk Liverpool dalam 269 penampilan dan menang hampir semua trofi sejak meninggalk­an Southampto­n.

Bekas bintang Saints itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 dan gelaran Liga Perdana Inggeris, setahun selepas itu.

Pencapaian itu diikuti trofi Piala Dunia Kelab, Piala Super Uefa dan membantu the Reds menjuarai Piala Liga serta Piala FA pada musim terakhirny­a.

Sementara, Tottenham mengumumka­n pembelian pemain tengah, Yves Bissouma dari Brighton dengan harga £25 juta (RM134 juta), sekali gus pemain baharu ketiga buat pengurus, Antonio Conte pada jendela perpindaha­n.

Pemain antarabang­sa Mali berprofil tinggi itu menyerlah bersama Brighton yang menduduki tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

Bissouma, 25, mengikat kontrak empat tahun dan akan menyertai dua lagi pemain baharu, Ivan Perisic dan Fraser Forster di kelab utara London itu.

“Saya sangat gembira berada di sini, gembira menjadi pemain Spurs dan berharap dapat meraih musim yang baik,” kata Bissouma kepada Spurs TV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia