Harian Metro

UEFA DENDA RICE, MOYES

West Ham ditimpa malang berganda

-

Kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham ditimpa malang berganda selepas pemain tengah, Declan Rice dan pengurus, David Moyes dikenakan hukuman oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).

Pemain tengah kelab itu menuduh pengadil korup di dalam terowong selepas Hammers tewas 0-1 menentang kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dalam saingan separuh akhir Liga Europa, musim lalu.

Rice yang berang mengkritik pengadil Sepanyol, Jesus Gil Manzan dengan keras di luar bilik persalinan selepas tamat perlawanan di Deutsche Bank Park.

“Ref! Ref! Keputusan sangat buruk. Sepanjang perlawanan, sangat buruk. Bagaimana anda boleh seburuk ini? Anda mungkin dibayar. Korup,” katanya kepada Manzan.

UEFA mengesahka­n Rice dilarang beraksi dua perlawanan Eropah manakala pengurusny­a hanya boleh menyaksika­n perlawanan di tempat duduk penonton selepas digantung satu perlawanan.

Ketika pasukannya ketinggala­n dengan agregat 1-3 dan perlawanan berbaki 13 minit, Moyes yang berang menendang keluar bola yang diberikan petugas dan tindakan itu mengakibat­kan pengurus dari Scotland itu dilayang kad merah.

Hammers mara ke Liga Konferens Europa musim depan selepas menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

 ?? ?? MANE intai cabaran baharu bersama Bayern Munich di Bundesliga.
MANE intai cabaran baharu bersama Bayern Munich di Bundesliga.
 ?? ?? RICE (kiri) dilarang beraksi dua perlawanan Eropah manakala Moyes hanya boleh menyaksika­n perlawanan di tempat duduk penonton selepas digantung satu perlawanan.
RICE (kiri) dilarang beraksi dua perlawanan Eropah manakala Moyes hanya boleh menyaksika­n perlawanan di tempat duduk penonton selepas digantung satu perlawanan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia