Harian Metro

Bonnie prospek emas Komanwel

-

‘ Kita sudah menjangkak­an Bonnie pasti membawa berita gembira untuk Malaysia apabila menyertai Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 semalam (kelmarin)”

Kuala Lumpur: Jaguh powerlifti­ng negara, Bonnie Bunyau Gustin ketika ini bagaikan dahaga kejayaan apabila memastikan dia membawa pulang hasil apabila menyertai kejohanan di peringkat antarabang­sa.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Bonnie adalah hasil daripada usaha gigih dan disiplin tinggi untuk menjadi antara jaguh disegani di peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, Bonnie juga adalah prospek emas kepada kontinjen Malaysia yang akan bertanding di Sukan Komanwel Birmingham hujung Julai ini.

“Kita sudah menjangkak­an Bonnie pasti membawa berita gembira untuk Malaysia apabila menyertai Kejohanan Powerlifti­ng Para

Megat D Shahriman Zaharudin

Terbuka Asia Oceania 2022 semalam (kelmarin).

“Kejayaan itu adalah hasil usaha atlet berkenaan yang sentiasa mahukan kejayaan apabila menyertai kejohanan di peringkat antarabang­sa. Semangat itu harus dicontohi oleh atlet lain supaya tidak mudah putus asa apabila beraksi demi negara,” kata Megat pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM, di sini, semalam.

Terdahulu, Bonnie sekali lagi mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang juga antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifti­ng Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lalu dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lalu.

 ?? ?? BONNIE memenangi pingat emas Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan. - Gambar FB MSN
BONNIE memenangi pingat emas Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan. - Gambar FB MSN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia