Harian Metro

MISI PIKAT JAAMI SUKAR

FAM dedah tiada perbincang­an lanjut dengan pemain kacukan Malaysia-Iraq beraksi bersama skuad kebangsaan pada masa depan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahka­n tiada perbincang­an lanjut bersama pemain kacukan Malaysia-Iraq, Jaami Qureshi (gambar) supaya individu berkenaan beraksi bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang.

Malah, pertemuan bersama pemain berkenaan di Wisma FAM baru-baru ini bukanlah membincang­kan mengenai status Jaami, namun lebih kepada ‘program lawatan’ semata-mata untuk berjumpa Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Mengesahka­n situasi berkenaan, Setiauasah­a Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, usaha untuk membawa pemain berkenaan beraksi bersama pasukan kebangsaan agak sukar memandangk­an Jaami kini memegang pasport Great Britain.

Beliau berkata, pemain berkenaan perlu membuat pilihan dengan melepaskan kerakyatan Great Britain dan memohon pasport Malaysia sekali gus berpeluang cerah untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya. “Sebenarnya tak ada bincang untuk Jaami bermain bersama Malaysia pada perjumpaan baru-baru ini. Dia hanya hantar e-mel untuk berjumpa presiden dan Pan-gon dan kita pun balas boleh.

“Pada perjumpaan itu, tak ada langsung bincang apa-apa termasukla­h berkaitan agenda tertentu. Semua orang cakap dia akan main untuk pasukan kebangsaan kita, namun untuk pengetahua­n

‘ Dia kena tahu prosedur negara kita tak membenarka­n memegang dua kerakyatan” Mohd Saifuddin Abu Bakar

semua Jaami bukan rakyat Malaysia.

“Dia kena tahu prosedur negara kita tak membenarka­n memegang dua kerakyatan. Perkara itu sudah diterangka­n kepada pemain terbabit, namun jika segala dokumentas­i selesai barulah akan melalui sesi pemilihan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Terdahulu, timbul desas desus bahawa pemain berusia 18 tahun itu bakal menyarung jersi kebangsaan selepas dikatakan mengunjung­i Wisma FAM baru-baru ini.

Perkara ini dikongsika­n bapa Jaami iaitu Perviz Qureshi menerusi laman Instagram

Story miliknya yang menunjukka­n anaknya mengambil gambar di lobi pejabat badan bola sepak negara itu.

Jaami sebelum ini, memberi bayangan beliau bakal beraksi bersama skuad kebangsaan Iraq selepas mengucapka­n terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepadanya.

Pemain berusia 18 tahun itu ketika ini sedang menjalani ujian bersama kelab yang dimiliki oleh taikun dari Malaysia, Tan Sri Vincet Tan iaitu Cardiff City selepas dilepaskan oleh Brighton & Hove Albion.

Musim lalu, Jaami membantu Brighton menjuarai saingan Premier League Cup Bawah 17 tahun selepas mengalahka­n Middlesbro­ugh di pentas akhir.

Sepanjang saingan peringkat kumpulan dan kalah mati, Qureshi menyumbang satu gol iaitu pada perlawanan suku akhir menentang Southampto­n yang mana Brighton berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 6-1.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia