Harian Metro

RM880,000 DAH DALAM KANTUNG

Harimau Malaya, FAM bakal terima imbuhan selepas layak beraksi di Piala Asia 2023

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Prapi kelak.

“Betul, setiap pasukan yang mengesahka­n tiket ke Piala Asia akan mendapat imbuhan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro. Menerusi ‘bonus’ terbabit, sudah pasti ia membantu perancanga­n FAM dalam mengatur persiapan yang lebih mantap sebelum berentap dengan gergasi Asia lain pada temasya empat tahun sekali itu.

Hadiah kemenangan jika berjaya pergi lebih jauh juga sudah pasti ‘menyemarak­kan’ semua pasukan bertanding sekali gus menjanjika­n saingan yang lebih sengit dalam pemburuan gelaran raja bola sepak Asia.

Malah, FAM juga boleh membuat persiapan rapi dengan menambah baik lagi pasukan menerusi imbuhan yang bakal diterima itu. Namun mereka perlu mara sehingga ke peringkat separuh akhir untuk menikmati hadiah kemenangan tambahan kerana AS$ 1 juta ataupun RM4.4 juta akan diterima oleh semifinali­s kejohanan itu. Pasukan yang bergelar juara akan menerima imbuhan AS$ 5 juta (RM22 juta) manakala naib juara tidak pulang dengan tangan kosong kerana akan mendapat AS$ 3 juta (RM13.2 juta).

Mengikut rekod, hadiah kemenangan itu sama seperti yang dimenangi oleh pasukan pada edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksika­n Qatar merangkul kejuaraan Asia pertama dengan menewaskan Jepun 3-1.

Semifinali­s menjadi milik Iran dan UAE selepas masing-masing tumbang di peringkat separuh akhir.

Skuad Harimau Malaya boleh dikatakan mendapat ‘durian runtuh’ berganda apabila baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumka­n akan mengadakan perbincang­an bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada skuad Harimau Malaya dan pasukan hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

“Setiap pasukan yang mengesahka­n tiket ke Piala Asia akan mendapat imbuhan Windsor

 ?? ?? AKSI skuad kebangsaan ketika menentang Bahrain pada perlawanan Kumpulan E, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
AKSI skuad kebangsaan ketika menentang Bahrain pada perlawanan Kumpulan E, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia