Harian Metro

Mukhairi enggan pamer aksi longlai

-

Kuala Lumpur: Walaupun keringatny­a diperah menerusi perlawanan berturut-turut di peringkat antarabang­sa baru-baru ini, namun itu bukanlah alasan buat tonggak Selangor FC, Mukhairi Ajmal beraksi sambil lewa pada kempen Liga Super yang kembali bersambung minggu ini.

Mukhairi berkata, pengalaman beraksi di pentas antarabang­sa membabitka­n Sukan Sea Hanoi di Vietnam dan Piala Asia Bawah 23 (B-23) tahun di Uzbekistan baru-baru ini banyak mengajarny­a untuk menjadi pemain kental dan lebih berdaya saing.

“Bermain di pentas yang lebih tinggi sedikit sebanyak membantu saya belajar banyak perkara dari segi individu dan dalam pasukan. Saya yakin pengalaman itu berikan gambaran yang lebih luas untuk saya berusaha keras berada di pentas lebih tinggi.

“Pada masa sama, saya rasa pemain dapat menyesuaik­an diri dengan situasi perlawanan back-to-back yang akan datang ini kerana kami juga menghadapi jadual padat sebelum ini. Saya harap semua pemain bersedia dan berada dalam keadaan baik untuk beraksi kembali bersama pasukan,” katanya.

 ?? ?? GAMBAR tular Sung Tae dan Pan-gon di media sosial.
GAMBAR tular Sung Tae dan Pan-gon di media sosial.
 ?? ?? MUKHAIRI
MUKHAIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia