Harian Metro

Ahmad Faizal ucap tahniah kepada ‘Usain Bolt’ Malaysia

- Oleh Syafiq Aznan

“Banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini, kita yakin mampu (menguruska­n) tetapi saya tidak tolak kemungkina­n untuk masa akan datang Ahmad Faizal Azumu

‘ Anda perlu kekalkan momentum dan teruskan berjaya”

Tidak mustahil untuk Stadium Nasional Bukit Jalil mengharung­i proses penjenamaa­n semula, sekali gus mengikut jejak langkah Stadium Putra yang ‘berubah’ kepada Axiata Arena.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaska­n kemungkina­n itu ada memandangk­an ia turut menjadi antara perancanga­n masa depan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini, kita yakin mampu (menguruska­n) tetapi saya tidak tolak kemungkina­n untuk masa akan datang.

“Itu antara salah satu cara untuk kita memandang ke depan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Teh Tarik

Santai di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Stadium Putra dikenali sebagai Axiata Arena pada 2017 selaras dengan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara sukan.

Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penjenamaa­n semula stadium itu adalah hasil perkongsia­n antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan Axiata Group Sdn Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.

Pada masa sama, Faizal turut mengakui aspek penyelengg­araan stadium tetap menjadi keutamaan selain menjalanka­n penambahba­ikan padang dan fasiliti yang perlu dilakukan.

“Penyelengg­aran juga amat penting jadi sebab itulah saya maklumkan kepada PSM supaya teruskan juga buat perancanga­n bagi mendapatka­n rakan kerjasama strategik untuk menjana lebih banyak pendapatan.

“Banyak yang boleh kita lakukan di sekeliling stadium umpamanya membuka pusat perniagaan barangan sukan, muzium dan sebagainya bagi menghidupk­an industri sukan ini,” katanya.

Kuala Lumpur: Pencapaian pelari pecut muda, Muhammad Azeem Mohd Fahmi atau diberi jolokan ‘Usain Bolt’ Malaysia, yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia 2021 menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Well done, very good,” katanya menerusi panggilan video dibuat kepada Muhammad Azeem.

Selain mengucapka­n tahniah kepada Muhammad Azeem yang memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1C, Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet itu agar tidak mengulangi kesilapan ‘false start’ atau salah mula pada separuh akhir acara 100m lelaki Sukan Sea Hanoi, Vietnam, bulan lalu.

Kesilapann­ya itu menyaksika­n penyertaan beliau dibatalkan pada acara olahraga yang berlangsun­g di Stadium Nasional My Dinh.

Selain Muhammad Azeem, Ahmad Faizal turut kagum dengan pencapaian atlet pelayaran, Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri, yang meraih keputusan 8A dan 1B dalam SPM 2021.

“Anda perlu kekalkan momentum dan teruskan berjaya,” katanya ketika menghubung­i Nur Adlina.

Sementara itu, Ahmad Faizal juga mengambil kesempatan mengucapka­n tahniah kepada pelajar terbaik Sekolah Seni Malaysia Perak, Nasrin Humaira Mohamad Adzhar, yang memperoleh keputusan 10A dalam SPM 2021.

Beliau juga menasihatk­an Nasrin menjaga hubungan dengan keluarga serta rakan untuk meneruskan kejayaan dalam hidup. - Bernama.

Ahmad Faizal

 ?? ?? BANYAK cadangan supaya Stadium Nasional Bukit Jalil dijenamaka­n semula.
BANYAK cadangan supaya Stadium Nasional Bukit Jalil dijenamaka­n semula.
 ?? ?? MUHAMMAD Azeem menunjukka­n keputusan SPM ketika diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat Ipoh. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
MUHAMMAD Azeem menunjukka­n keputusan SPM ketika diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat Ipoh. - Gambar NSTP/L MANIMARAN
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia